Umno giat daftar pengundi
SHAH ALAM - Umno kini giat menjalankan proses mendaftar mereka yang
layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden
Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata semua peringkat pimpinan perlu menggembleng tenaga
menambah jumlah pengundi sedia ada bagi meningkatkan kekuatan parti itu.
"Kami sedang memperkasa parti dengan mendaftar anggota Umno sebagai
pengundi mengikut peraturan sedia ada. Kami tak mahu (adanya tohmahan)
pengundi hantu dan sebagainya nanti," katanya dalam sidang akhbar
selepas melancarkan kempen daftar pemilih dan keanggotaan Umno peringkat
Selangor di Bangunan Umno Selangor di sini, hari ini.
Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata
Umno kini juga dalam proses 'memutihkan' sebanyak 200,000 anggota Umno
yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
Pemutihan itu adalah berikutan anggota Umno yang berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain, katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment