Mat Sabu pertikai prestasi Hadi di Terengganu
TUMPAT - Krisis dua pucuk pimpinan utama Pas dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan timbalan presiden Mohamad Sabu semakin lantang mengkritik kepimpinan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan Pas 2015, mempertikaikan kemampuan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.
"Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)).
"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa Pas di sini, malam tadi.
Turut hadir pada ceramah itu ialah Ahmad Awang yang akan menentang Abdul Hadi bagi jawatan presiden pada pemilihan parti nanti.
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan membawa Pas keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP mencetuskan provokasi ke atas parti itu selepas tidak bersetuju dengan usaha Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Ramai pemerhati politik melihat pemilihan Pas pada muktamar tahunan pada 4 hingga 6 Jun itu nanti sebagai pertandingan antara golongan ulama dan bukan ulama atau 'erdogan'.
Mat Sabu yang dilihat pemerhati politik sebagai pro kepada DAP, turut memberikan contoh senario di Kelantan sekitar 80-an ketika Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin Pas Kelantan, tapi gagal memerintah negeri itu kerana tidak bergabung dengan parti pembangkang.
"Bila lahir parti Semangat 46. Pas berpakat dengan Semangat 46 (untuk) lawan Umno dan kita menang semua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen (di Kelantan).
"Ertinya sehebat-hebat (Allahyarham) Nik Aziz, dalam hal pilihan raya umum, (tetap) tak boleh ambil Kelantan (dari BN) melainkan bila tahaluf (bekerjasama) dengan Semangat 46. Ertinya dalam politik ini kita pakat, undi banyak, kita berpecah, undi kurang," katanya.
Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan terus mengekalkan Pas dalam pakatan pembangkang jika dipilih menerajui parti itu nanti. - Bernama
4 orang berkata:
Politik org melayu, kalu dah pegang ketua tu, sampai mati pun nak pegang gelaran tu. Kalau boleh nak bawak sekali masuk dalam kubur, tak kiralah parti tu jadi hebat atau jadi tunggang terbalik. Anak buah pun sama, kalau pemimpin kata 'yes" maka "yes"lah, kalau "no" maka "no"lah. Waima, kalau pemimpin kata tahi itu sedap maka sedap jugalah kata mereka. Rakyat nak hidup ker, nak mampos ker, tolak tepi asalkan dapat terus jadi pemimpin.
Kita ni hidup dalam masyarakat majmuk. Kita bukan hidup di Monggolia atau di negara Arab yang masyarakatnya terdiri daripada 1 bangsa dan satu agama. Perpaduan antara kaum tidak bermaksud kita menggadaikan akidah kita terhadap agama. Tidak berpadu dengan kaum serta agama lain pula tidak bermakna kita telah berjaya meningkatkan akidah kita sehingga ke taraf syumul.
Terpulanglah, tapi bagi rakyat yang inginkan keadilan dan kejayaan dunia serta akhirat, pemimpin dan parti yang akan dipilih ialah mereka yang mampu menyediakan kedua2nya dalam kehidupan mereka.
Tahniah kepala hatuk hang.cara hang tulis pun orang tahu hang kaki jilat ,hang ni kalau kentut haj hadi pun hang bubuh dalam bungkus plastik,bawak pi mnana2,ada masa hang letak ky hidung,ni jenis hang,
hadi tolol berak kat muka hang pun hang akan makan taik tok ketua bodoh piang hang tu.
gaduh tak abis abis. awat tak bukak al quran sunnah cara nak selesai masalah. dgn ahli parti sendiri pun tak tau nak selesai pastu nak nak cari gaduh dgn org lain. tok guru ajaran sesat hadi ping tololbaruamunafik.
Post a Comment