Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP BUNUH DIRI SENDIRI

DAP, Belajarlah Erti Adab Bekerjasama


1. Pemuda PAS keseluruhannya melahirkan rasa kesal dengan kenyataan bersifat serangan yang dikeluarkan oleh Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kenyataan yang berunsurkan provokasi dan fitnah secara berterusan kepada pemimpin tertinggi kami adalah perbuatan yang menghiris perasaan para anak muda dan penyokong PAS di segenap lapisan.

2. Suka saya mengingkatkan kepada DAP bahawa yang akan bermuktamar dan pemilihan kepimpinan pada awal Jun nanti adalah para pimpinan dan perwakilan PAS. Jadi, amatlah tidak manis sekali apabila DAP pula begitu resah-gelisah dan sibuk berkempen di media untuk memberi tunjuk-ajar kepada para ahli PAS siapakah yang layak untuk mengemudi PAS. Perbuatan masuk-campur urusan dalaman parti dan menjadi batu-api ini adalah di luar kerangka Common Policy Framework Pakatan Rakyat seperti yang sering diulang-sebut oleh DAP.

3. Tuduhan yang dilemparkan oleh DAP kepada Presiden PAS kononnya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengkhianati Pakatan Rakyat dan hatinya bersama UMNO adalah tuduhan yang begitu berat dan berunsur fitnah. Kisah Unity Government (UG UMNO-PAS) juga bagaikan hantu yang begitu menakutkan DAP sedangkan ia adalah kisah lama yang telah diputar-belit dan menjadi sejarah. Sedangkan, YB Lim Kit Siang sendiri pada baru-baru ini mencadangkan “Save Malaysia Govenment” yang menggabungkan ahli Parlimen PR dan BN. Bukankah ini adalah pengkhianatan kepada rakyat secara terang lagi terbuka?

4. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Presiden PAS mempunyai jiwa UMNO kerana Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak turun berkempen di PRK Permatang Pauh. Saya ingin bertanya, adakah Lim Guan Eng dan gerombolan pimpinan tertinggi DAP ada turun berkempen di PRK Rompin yang melibatkan calon PAS baru-baru ini? Jikalau kita menggunakan sifir Lim Guan Eng itu, bolehkah disimpulkan bahawa beliau berjiwa UMNO-BN juga kerana tidak pun turun berkempen dan beliau tidak juga menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS di PRK Rompin? Lebih baik beliau beringat sebelum sibuk menyerang orang lain, bak kata pepatah “bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.”

5. Justeru, kami menegaskan dan memperingatkan kepada DAP agar jangan mengamalkan dasar masuk campur hal ehwal dalaman parti rakan kerana ia akan merosakkan hubungan kerjasama yang telah dibina selama ini. Sepertimana DAP marah sekiranya orang PAS berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar kepada perwakilan PAS siapakah yang layak untuk memimpin PAS sesi kepimpinan 2015/2017.

Ir Haji Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

5 orang berkata:

Anonymous said...

PUAK WALAUN HADI NI MMG TOLOL. CEPAT-CEPATLAH BERAMBUS DARI PAKATAN. HANGPA SEMUA BUAT SEMAK DLM PAKATAN. HANGPA SEMUA MMG TAK RETI MENGHORMATI PERJANJIAN KAWAN DAN BONGKAK MCM PRESIDEN TOLOL HANGPA. TAK BOLEH KERJASAMA DGN PENENTANG HUDUD, ANGKAT KAKI BELAHLAH WOIII.

Anonymous said...

PR tu hak DAP & PKR ke? TGHH tak pernah bersuara memutuskan hubungan dgn LGE atau DAP. Siapa sebenarnya patut berambus dari PR?
Anon 10:44 bukan setakat tolol bahkan bongok.

Anonymous said...

Wei kau kena belajat seula baruboleh faham 10:44

Anonymous said...

PR itu bermaksud Pakatan Rakyat. Bila PKR dan DAP sepakat taknak PAS dlm PR faham2 je lah. Ada maruah PAS keluar PR. Kecoh sblm nih PKR dan DAP tak sokong hudud dan menentang Islam. Yg PAS terhegeh2 masih dlm PR tak malu ke. Pinggan tak retak nasi tak dingin, PAS tak nak PR pun tak hingin.

PAS tak boleh berkawan dgn sesiapa pun jadi eloklah bersendirian berpresidengkan si Tolol. Jgn kacau PR lagi dan menikam kawan dari belakang. Jgn bagi malu nama Islam.

Anonymous said...

Cakap besar.kleuar lah dari pakatan kalau rasa jantan sangat.berhari2 itu je isunya ,Pas tarik diri je ,biarkan DAP dan PKR je yang bergabung,kita tenguk siapa yang mampus dulu ,Cisssss bahalol punya peminpin dan pengikut Pas kecuali aku.kah.kah.kah.anonmouse 11.35 jilat kencing hai je

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.