DAP henti serang Pas atau risiko berpecah
MACHANG - DAP perlu berhenti menyerang Pas jika tidak mahu melihat
pakatan pembangkang berpecah, kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk
Ahmad Yakob.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pemimpin DAP terutamanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu berhenti mengkritik Pas kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada pakatan.
"Nasihat saya kalau sayang pakatan, jangan serang lagi pimpinan kita (Pas), ini sebenarnya bukan bawa kebaikan tetapi bawa rebah (kejatuhan).
"Kalau semua saling serang-menyerang dalam pakatan, sah pakatan akan pecah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik Kelantan di sini, hari ini.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sentiasa mengkritik Pas sejak kebelakangan ini, selain tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, keputusan Pas untuk kekal atau sebaliknya dalam pakatan pembangkang juga dijangka diputuskan pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang berlangsung awal Jun ini.
"Itu (keputusan keluar dari pakatan) tunggu muktamar kerana ia merupakan suara paling tinggi... jadi kita perlu tunggu," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata muktamar berkenaan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.
Muktamar Tahunan Pas akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor. - Bernama

2 orang berkata:
Dulu PAS kacau DSWA sampai dia tidak dapat jadi MB Selangor, semua orang sabar. 16 September, pun PAS sabotaj tetapi semua orang sabar. PAS boleh campur tangan dalam hal dalaman parti orang lain. Tetapi kenapa melenting apabila orang lain memberi nasihat tentang hal dalaman PAS?
Bila hati sudah hitam mata pun dah kelam fikiran dah jadi kelabu tahi anjing
Post a Comment