Dewan Rakyat ribut sebab Wan Azizah
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pada sesi perbahasan Rancangan
Malaysia ke-11 (RMK11) hari ini kecoh apabila ahli Parlimen BN perang
mulut dengan ahli Parlimen PR kerana Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail.
Kekecohan tercetus apabila Datuk Seri Azalina Othman (BN-Pengerang) mencuit status Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) yang didakwanya diperalatkan oleh suaminya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya dengar ucapan beliau (Wan Azizah) bahawa ada beberapa elemen yang dibincangkan dengan bekas Permatang Pauh (Anwar). Bincang turun katil. Ia lah suami isteri kan...Tapi sekarang tak lagilah," katanya.
Khalid Samad (Pas-Shah Alam) kemudian bangkit mencelah dan menyatakan bahawa Azalina sudah kekurangan idea hingga menyentuh soal suami isteri.
"...Datuk Speaker, kita sedang bincang tentang RMK11. Nampak sangat Pengerang tak ada 'point'," katanya.
Kemudian Azalina menambah, "janganlah kita menggunakan wanita sebagai alat politik untuk mendapat simpati."
Selepas itu, suasana dewan hingar bingar apabila Khalid terus bangkit mencelah namun tidak dibenarkan Azalina.
Namun apabila diberi laluan, Khalid menyifatkan Azalina sebagai wakil rakyat perempuan tidak iktiraf kemampuan wanita.
"Saya cukup terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Pengerang. Apabila letak perempuan di situ (Ketua Pembangkang) seolah-olah wanita itu tidak ada kemampuan. Sebagai seorang ahli Parlimen wanita, sepatutnya Pengerang mempunyai sikap yang positif atas dasar kemampuan memimpin yang terbukti...ini bukan kali pertama.
"Dulu apabila Anwar dipenjarakan buat kali pertama, Permatang Pauh telah diambil oleh Azizah. Kali ini, sekali lagi Permatang Pauh memberikan kemenangan yang cemerlang.Sterotaip apabila letak perempuan, atas sebab simpati, kesian. Sedangkan kemampuannya ada...terbukti. Saya minta Pengerang menarik balik kenyataan tidak berasas itu," katanya.
Disusuli beberapa wakil pembangkang yang lain, Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang) dan G Manivannan (PKR-Kapar) yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tuduhan Azalina itu.
Kemudian Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) turut bangkit mempertahankan Azalina.
"Memang betullah Permatang Pauh diberi peluang untuk menjadi Ketua Pembangkang...iktiraflah. Tapi saya percaya, bukan semua mengiktirafnya.
"Pas pun saya ingat hanya Shah Alam sahaja yang mengiktiraf," katanya.
Keadaan itu berterusan untuk beberapa minit sebelum ia ditenangkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

5 orang berkata:
Cuba tunjukkan seorang pun jadilah, pemimpin UMNO yg mana satukah yg memiliki akhlak terpuji? Shahrizat sampai nak selak kain, Najib dgn haramjadahnya malahan arwah JJ itu dulupun apa kurangnya! Semua yg berada dlm UMNO adalah golongan bangsat akhlaknya.
Kesian Azlina.cuba tunjuk wajah suaminya,atau Pakkarmu jadikan beliau sebagai istrituan apamacam?
btul tu bro bapak haramjadah banyak dlm umbn kaki songlap kasi cincang bagi makan boys je puakx umbn tu klu nya x mnth.
dah la sokong peliwat
sokong PR sama dengan sokong peliwat
tak berakhlak sungguh
kantoi lagi dengan chinadoll sampai hilang jam omega
cuba tanya wan jijah kat mana jam omega laki celaka dia?
Macai amno nie pening telan san miguel kot
Post a Comment