Lawatan rasmi, Najib tiba di Tokyo
- Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) selamat tiba di Jepun bagi melakukan lawatan rasmi selama tiga hari bermula hari ini. - Foto Bernama
TOKYO - JEPUN. Perdana Menterin,Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu negara Jepun pagi ini untuk lawatan rasmi tiga hari yang dijangka memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sudah lama terjalin di antara kedua buah negara.
Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di lapangan terbang antarabangsa Haneda dengan penerbangan khas pada 8.25 pagi waktu tempatan (7.25 pagi waktu Malaysia).
Ketibaan mereka disambut Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris.
Perdana Menteri dan isteri kemudian disambut di Palace Hotel di pusat bandar Tokyo, di mana beliau akan menginap bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, anggota delegasi Malaysia dan para pegawai kedutaan.

Lawatan rasmi atas undangan Perdana Menteri, Shinzo Abe ini adalah lawatan kedua Najib sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2009.
Pada sebelah petang hari ini, Najib akan menghadiri satu majlis koktel bersama kira-kira 250 pelajar dan rakyat Malaysia.
Semasa lawatan di sini, Najib mempunyai jadual ketat, termasuk atur cara utama menghadap Maharaja Jepun, Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace pada Isnin.
Beliau juga akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 kapten industri sebelum mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Abe.
Pada Selasa, Najib akan menyampaikan ucaptama pada Rundingan Meja Bulat Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), sebelum belepas ke Sendai untuk mengakhiri lawatan beliau dengan mengadakan dialog dengan para pelajar di Universiti Tohoku.
Minat Jepun untuk mengambil bahagian dalam projek rel berkelajuan tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan fasa kedua Dasar Pandang Ke Timur, dijangka menjadi agenda utama semasa lawatan itu.
Sementara itu, Rosmah mempunyai atur cara berasingan dan beliau dijangka melawat Institute for Radiological Sciences di Chiba serta melawat Tugu Peringatan Hiyoriyama. - Bernama
2 orang berkata:
mcm tolol jer...
mcm tolol jer...
Post a Comment