Apakah ust Ahmad Awang telah merasa kesan pergolakan hebat di dalam PAS ? Angkara siapa ? Dendam kesumat siapa ? dari parti apa ? Setelah anta bersetuju menentang anta punya Presiden parti sendiri dengan alasan yang kabur, pada mulanya anta belum tahu kesan daripadanya, sehingga sampai ke satu peringkat yang hampir mustahil hendak di kawal maka barulah anta mahu bersuara ?
Anta cemas ? Bukankah berbagai nasihat telah di utarakan olen pucuk pimpinan PAS dan murshidul 'Am sendiri telah menyuarakan pandangannya tapi anta buat tak hirau ! Dimana kedudukan anta apabila orang tertinggi PAS sendiri memberikan pandangannya ! Sekarang baru anta tahu perangai dendam kesumat mereka yang menentang Presiden parti anta yang tak mungkin berkesudahan, anta sepatutnya memahami pengurusan kemanusiaan - Pak Karamu
Ust: Ahmad Awang minta dihenti serang ke atas TG Haji Abdul Hadi.
Ustaz Ahmad Awang dalam kenyataan akhbar meminta dihentikan serangan ke atas Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
Berikut petikan kenyataan Ustaz Ahmad Awang
Dalam dialog-dialog dan perbincangan yang diadakan sebelum ini, antara
soalan yang sering diajukan kepada saya ialah kaedah atau mekanisme
untuk menjernihkan hubungan PAS dan Pakatan Rakyat. Dalam hal ini ramai
pihak berhipotesis seolah-olah PAS menjadi satu-satunya punca keretakan
hubungan Pakatan Rakyat ketika ini.
Sebelum saya menyentuh langsung hipotesis di atas, saya ingin menegaskan
bahawa Pakatan Rakyat terbina dengan konsensus yang telah dipersetujui
bersama. Kesepakatan ini tidak terbina dengan pengisian yang kosong. Di
dalamnya - selain konsensus Buku Jingga yang dikenali umum - terbina
suatu kefahaman atau jalur politik yang sama iaitu percaya bahawa
Malaysia perlu dan mampu diubah.
Atas jalur tersebut, maka sedikit demi sedikit PAS, PKR dan DAP membina
kepercayaan antara satu sama lain. Bermula dengan mencari titik
perjuangan yang sama, kepercayaan ini merimbun menjadi pasukan politik
yang utuh dan disebut-sebut sebagai koalisi atau tahaluf paling
berpotensi untuk mengambil alih teraju pemerintahan daripada Barisan
Nasional.
Kini pasukan politik paling berpotensi ini sedang diuji dengan konflik
pengurusan perbezaan yang paling serius. Kegagalan untuk berkomunikasi
dengan baik menjadi faktor utama konflik ini semakin melebar dan
meruncing. Keadaan ini menampakkan seolah-olah setiap parti politik
merasakan bahawa mereka berhak untuk memperjuangkan kehendak
masing-masing tanpa memikirkan samada pasukan Pakatan ini telah selesai
membela dan memperjuangkan hak dan kesusahan rakyat yang menjadi tunjang
koalisi ini terbentuk.
Atas faktor itu saya berpandangan bahawa seluruh pimpinan politik harus
lebih matang dan teliti dalam mengurus krisis yang sedang berlaku.
Perbincangan (musyawarah) dengan tujuan mencari jalan keluar harus
diutamakan berbanding menembak sesama sendiri di alam maya. Politik
adalah sesuatu yang dinamik. Jika perbincangan pertama tidak selesai,
usah berfikir bahawa perbincangan kali kedua juga tidak akan selesai.
Pengalaman memimpin Pakatan Rakyat Perak sebelum ini membuktikan
pelbagai masalah besar dapat di selesaikan dengan musyawarah.
Serangan demi serangan yang dihala kepada Ustaz Abdul Hadi Awang tidak
akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan
Rakyat. Hentikan serangan-serangan tersebut. Kalau pun niatnya mahu
menegur, bukan itu caranya. Beliau masih lagi seorang insan yang perlu
dipelihara maruahnya. Usah berpolitik dengan amarah dan emosi.
Kedepankan hikmah (kebijaksanaan) dalam berkomunikasi. Mudah-mudahan
kesemua kebaikan-kebaikan dalam politik ini akan timbul dan memudahkan
urusan perjuangan kita.
Ahmad Awang
13 orang berkata:
Admin.. Yg hadi dok tuduh ore kata pengedar pil kuda xpa ke.. Kata org barua.. Kata orang tolol tu boleh. Ke.. Tu dari mulut ulamk terhebat dunia tu... Sudah le nak ngampu pun... Dia buknnnya nabi dan bukannya maksu,m... Ada ulamak baik dan ada ulamak jahat... Bagi aku usatz ahmad adalah ulamak baik... Xkata ore teruk macm haji hadi ko tu...
kau jangna marahkan admin sebab dia ni dah wala pada hj hadi ,fikirannya siang malam memebenarkan apa juga yang keluar dari hj hadi.dia ni dah buta mata,telanga dak pekak badak mulut je tak bisu ,jari jemari je masih bolih menaip tapi hatinya membenarkan apa yang hj hadi kata,Bagi aku bloger macam ni lah yang merosakna hubungan dalam Pas dan Pakatan.Gelaranya pun Pakakarmu,entah bahasa apa,arab bukan ,melayu jauh sekali,india kot.
Tak sangka pulak admin lidah dia ada tulang,sebab tu dia sokong sangat Hj Hadi .hj hadi pun ada tulang juga.tulang ikang parrang,
Hang nie mkn pil kuda ka?
Hang pn mkn pil kuda juga ka?
Hang pn mkn pil kuda juga ka?
Hang nie mkn pil kuda ka?
Bila terasa diri Islam sang at hingga kuman seberang pun nampak gajah depan mata kelabu. Ini dah tertipu ngan ilmu yang seberapa pong. Bila hati dah hitam semua nampak putih jadi hitam suka kat benda haram haram. Cakap pun bahasa kurang hasam. Pihak kafir berjoget bila tanah melayu ni jadi macam Syria ke Libya ke baru dema boleh buat apa tak dapat selama ni.Logik ke nak laksana hudud bila dah bila kerajaan bersama bila sekarang pun dah dominan. Ada akal fikir jauh sikit bukan setakat makan minum bersetubuh aje.
YG TERLEBIH MAKAN PIL KUDA TU PRESIDENG PAS DARI MARANG.
KAFIR..BARUA..BROKER..UMNO MUNAFIK..TOLOL..PIL KUDA..KOMUNIS. LIDAH TAK BERTULANG DARI PRESIDENG PAS KERPOK IKANG DARI MARANG.BALASAN ALLAH MENANTI SI PENUTUR DAN PENYOKONGNYA..
Sah hangpa termakan pil kuda
Sah hangpa termakan pil kuda
Sah hangpa termakan pil kuda
Post a Comment