• Ahmad Fadhli Shaari Ahmad Fadhli Shaari
1 / 1


KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menganggap dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah bersama dengan Umno sebagai tuduhan yang sangat jahat dan kurang ajar.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sudah beberapa kali sebelum ini Abdul Hadi menafikan sebarang kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.

“Terus-menerus menyerang Presiden membuktikan Guan Eng mempunyai niat jahat terhadap Abdul Hadi dan ingin mempengaruhi muktamar tahunan Pas yang berlangsung minggu depan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Beliau mengulas dakwaan dilemparkan oleh Guan Eng yang menuduh hati Abdul Hadi sudah bersama dengan Umno walaupun badan beliau masih di dalam PR.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Guan Eng berikutan sikap Abdul Hadi yang terus cenderung terhadap Umno daripada memberi sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Mengulas lanjut, Ahmad Fadli berkata, berhubung isu Menteri Besar Selangor apabila Pas menolak Wan Azizah, itu membuktikan pandangan jauh parti yang sudah menjangkakan Presiden PKR itu ditolak oleh Sultan Selangor.


“Ini tidak timbul isu kerana DAP sendiri terbukti kemudiannya memohon ampun kepada Sultan Selangor kerana hanya menghantar satu nama sahaja cadangan iaitu nama Wan Azizah,” katanya.


Dalam masa sama, Ahmad Fadhli mempers

oalkan ketidakhadiran Guan Eng di Kelantan semasa PRK Pengkalan Kubor dan Dun Chempaka, yang mana itu membuktikan pemimpin veteran DAP itu bersama MCA.

“Jika Guan Eng persoalkan ketidakhadiran Abdul Hadi pada kempen PRK Permatang Pauh dan menganggap Presiden bersikap terus cenderung terhadap Umno daripada memberi sokongan kepada Wan Azizah, bagaimana pula dengan beliau (tidak berada di Kelantan),” katanya.