Bagi Pak Karamu, sesiapa juga nak kritik Presiden PAS maka itu tidak jadi soal, jika benar Hadi perlu di kritik berdasarkan dasar perjuangan yang ada di dalam perlembagaan PAS, maka itu tiada hal, tapi jangan kritik DASAR PAS. Orang yang berada di dalam jama'ah PAS tak perlu gentar jika ia bersikap benar dan berada di atas dasar parti, jangan takut dengan bayang-bayang sendiri, yang takut dengan bayang-bayang sendiri tidak perlu berada di dalam perjuangan PAS kerana ia boleh mengujudkan kelemahan maruah diri sendiri, pimpinan PAS tidak bodoh menilai sesuatu yang di reka-reka.
Tidak ada sesuatu jama'ah yang tidak mahu kemenangan, tapi jangan kemenangan itu di bayar dengan menggadaikan DASAR parti - Pak Karamu
Isu ikon Pas dipecat timbul sebab kritik Hadi
ALOR SETAR - Isu pemecatan keahlian tiga ikon Pas yang dibangkitkan
kemungkinan dicetuskan oleh penyokong Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang kerana terlalu sayangkan beliau sehingga tidak dapat menerima
sebarang kritikan dan teguran berhubung kepimpinan beliau.
Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Zaidi Ahmad berkata, kemungkinan pandangannya yang dikongsi melalui aplikasi WhatsApp sebelum ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak tertentu apabila beliau membangkitkan isu kepimpinan Abdul Hadi.
“Saya secara peribadi berpendapat Pas perlukan perubahan kepimpinan demi memastikan kecemerlangan yang dicapai oleh parti terutama pada era Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat dikekalkan, malah dapat terus dipacu bagi memastikan Pas kekal bersama PR berdepan PRU14,” katanya.
Menurut Zaidi yang juga Pegawai Khas kepada calon Presiden Pas, Ahmad Awang, dia bersedia disiasat sekiranya ada mana-mana pihak tampil membuat aduan rasmi kepada Pas Pusat jika didapati melanggar disiplin parti ketika berkempen.
“Bagi saya ia bukan isu besar kerana saya yakin sepanjang berkempen, saya tidak pernah melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh parti, antaranya jangan melakukan fitnah dan jangan menyerang peribadi pihak ditandingi,” katanya.
Zaidi berkata, adat dalam pertandingan, setiap pihak akan mempromosikan kelebihan calon masing-masing dan pada masa sama membangkitkan kelemahan pesaing.

3 orang berkata:
dulu negaro Isle, lo nih negaro kebajike
kalau salh pastilah akan merasa takut
tak ada kekhawatiran kalau lurus di jalan benar
Post a Comment