Putus dengan DAP: Hadi sudah fikir panjang
KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Selangor bulan depan dilihat bakal menentukan hubungan dan kerjasama Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berdasarkan penelitian dan kajian tertentu.
"Dia (Abdul Hadi) telah memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu.
"Apa pun kita tunggu muktamar (Pas bulan depan)," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sosio Budaya Antara Kaum Siam dan India di Kompleks Islam Darul Naim di sini, hari ini.
Ahmad, yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam selepas lebih dua bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengannya.
Muktamar Tahunan Pas akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.
Sementara itu, mengenai seminar berkenaan, Ahmad berkata dalam konteks negeri Kelantan sikap menghormati antara kaum tetap menjadi asas pentadbiran dan pembangunan dengan berlandaskan perlembagaan negara.
"Apa pun di Kelantan kita hormati dan sayang kepada semua rakyat sama ada Cina atau India.. Kita pupuk mereka sebagai kelompok yang mengamankan negeri yang boleh duduk dan bekerja bersama berpandukan perlembagaan," katanya.
Program anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), yang dihadiri kira-kira 500 peserta itu, bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat majmuk di Kelantan.
Antara pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan. - Bernama

6 orang berkata:
aku cabar Hj hadi dan mat yakkob istihar Pas kelaur dari pakatan dengan segera agar senang kita tenguk apa akan jdi dengan Pas,dah ramai orang jemu dengan karenah Pas,kau pakakrmu tunggulah akan kemusnahan Pas,Hidup Umno
Hidup al Juburi
Hidup la juburi hang tu,berani keluar la pas dari pakatan kompom piliharaya nie pas pun jalan
umno yang dah terang2 bodoh/penyamun/penzalim tu pun x kawan ngan dap,ko yg pandai lagi bijaksana ni lak pegi pakat ngan dap hehe..
lawak apa la ni..
umno yg bodoh/ penyamun/penzalim tu bukan selamba ke dia selalu mengaku x sanggup gunakan agama meniti sekular politik demokrasi ni..
ko yg pandai lagi bijaksana ni pulak bawak agama meniti sekular politik demokrasi..
org2 bodoh/penyamun/penzalim ni nasehat dia kadang2 bleh pakai gak..
mcm mat gian, kalo ada irg nak terjun kat "jalan" yg dia meniti,dia akan nasehat dulu.. jgn sentuh benda yg dia sentuh hehe..kalo ko degil lantak ko la kata dia..biar dia sentuh xpe...ko jgn kata dia..
dulu bukan ke umno bodoh/penyamun/penzalim tu dah pesan kat ko jgn kawan ngan dap?
lagi 1,dah dekat seratus tahun ko masuk sekular demokrasi ni dan ajar semua insan pasal negara islam kan??(negara islam dibawah perlembagaan lord reid,perlembagaan lord reid tu pula dibawah demokrasi..3 lapis)....
tiba2 ko cakap negara islam xda dlm quran?
sebab ko x nak dgr pesan mat gian umno..dulu bukan umno bodoh/penzalim/penyamun tu dah pesan kat ko jgn bawak agama meniti sekular demokrasi??
umno tu mat gian...baik ko dgr cakap dia,sebab ko sedang meniti jalan yg dia jalan,sekular demokrasi hehe...jgn degil..ko pakai jalan mat gian abis la ko...
(pendapat peribadi..mohon jgn mengamok..)
Umno bodoh dan terus bodoh sampai kiamat
....dan ko pakai jalan yg umno pakai hehe
Post a Comment