Pas Kelantan minta rakyat terus istiqamah
KOTA BHARU - Pas Kelantan meminta seluruh rakyat untuk terus beristiqamah dalam apa sahaja urusan ke arah jalan Islam dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara sebelum membuat sebarang andaian.
Ketua Penerangannya, Datuk Nassuruddin Daud ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu semalam memberitahu, pelaksanaan hudud dilihat semakin hari semakin tercabar dengan mereka yang tidak memahami sepenuhnya hukum Islam itu.
“Sebagai contohnya dalam pelaksanaan hudud, memang hudud tidak banyak, hudud enam perkara sahaja jika hendak dibandingkan ilmu dalam al-Quran banyak lagi.
“Tapi adakah kecil itu tidak wajib, itu persoalannya. Apakah kecil itu tidak penting, sikit bukan bermakna tidak penting. Contohnya kita masak gulai, kalau tiada garam, tidak ada rasa, walaupun semua kandungan lain sudah dimasukkan. Kalau diabaikan, dua hari sahaja sudah tutup kedai,” katanya.
Beliau juga turut mengulas mengenai tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan menolak hudud di ceramah Kukuh Pakatan, Hancur BN di Padang Perdana baru-baru ini.
Menurutnya, memang benar Dr Yusuf Al-Qarwawi mengatakan hudud adalah sebahagian kecil daripada syariat Islam, namun pemimpin Islam itu tidak menyatakan undang-undang Islam itu tidak wajib dilakukan.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau itu juga memberitahu, sepatutnya tiada langkah penolakan berlaku ke arah pelaksanaan hukum Islam tersebut.
“Jangan kita bawa hujah yang berada di luar konteks, kita kalau baca kitab, baca sampai habis.
“Kita kena tahu, ucapan-ucapan yang mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan dengan alasan-alasan yang tidak ada asas tidak boleh diterima dalam Islam. Hendaklah kita terus beristiqamah dalam menuju jalan yang benar dalam Islam, jangan turut jalan orang yang tidak reti,” katanya.

4 orang berkata:
seperti kau juga bodoh ,tidak pandai menggunakan akal untuk menarik yang bukan islam kepada islam.malah menghina bukan islam unutk memahami islam.kau masih guna cara keras untuk islam.
Iman dilihat dengan kasih kita kepada segala pencipta yang bersifat maha mengetahui. Tiada satu sejarah nabi terpaksa meninggal satu pun perintah Allah sama ada wajib atau pun sunat yang ada hanya kesukaan Maha pencipta.kaum kafir tertarik kepada Islam pada zaman nabi adalah diatas pelaksanaan Islam itu bukan dengan meninggalkan perintah Allah samada kecil atau besar. Kanji dan fahami Islam sebagaimana para sahabat memahami Islam.
Selalu orang yang terlalu pandai yang membuat kemusnahan dimuka bumi milik Allah ini
Org PAS ni diorg ingt puak diorg jer yg pandai tntg islam..pegi mampus la woii..tngk amanat hj hadi...mengkafirkn saudara islam dlm umno..ulamak ke mcm tu..?...
Post a Comment