Pemuda Pas Kedah hormati pendirian Hadi
ALOR SETAR - Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang
terus mempertahankan kedudukan Pas dalam PR walaupun diserang teruk
rakan sekutu sendiri disokong penuh Pemuda Pas Kedah.
Ketuanya, Mohd Azam Abd Samat berkata, kenyataan Abdul Hadi bahawa
beliau masih setia bersama PR menunjukkan dirinya seorang pemimpin
berjiwa besar.
Menurutnya, walaupun menerima serangan bertubi-tubi, namun beliau tetap tidak membalas serangan atas peribadi dirinya.
“Beliau hanya mempertahankan dan bertegas pada perkara dasar serta prinsip Pas. Beliau tidak mahu memanjangkan isu.
“Beliau menganggap hubungan dan gabungan bersama itu penting serta
sentiasa mencari jalan berusaha mempertahankan hubungan rakan pakatan,”
katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kelmarin, Abdul Hadi menegaskan Pas masih setia bersama PR buat masa
sekarang, namun akan datang situasinya masih belum diketahui.
"Jika mengikut sejarah, Pas pernah melalui pelbagai pengalaman
antaranya pernah bersendirian, pernah dalam kerajaan dan keluar
kerajaan.
"Biasanya peristiwa lama tidak akan berulang kerana konsep masyarakat majmuk di Malaysia tidak boleh bersendirian," katanya.
Sementara itu Mohd Azam berkata, perkara ini selaras dengan saranan dan
komitmen Pas bersama PR yang selalu dinyatakan selama ini.
“Semua pihak terutamanya DAP mesti memilih jalan harmoni dengan tidak terus memprovokasi Abdul Hadi.
“Sebagai Presiden Pas, beliau ketua organisasi parti ini dan mewakili
seluruh ahli serta entiti Pas sebagai rakan dalam gabungan PR. Beliau
mesti dihormati dan diberikan hak sewajarnya,” katanya.
Katanya, gabungan PR mesti segera diperkukuh seterusnya memberi fokus untuk menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
6 orang berkata:
WALAUNS PARTI AJARAN SESAT
shhhh...Pas Pis Pus dah jd Parti Ajaran Sesat di bwh tok guru Hadi ping
Ko mkn pil kuda ker?
Satu lagi mkn pil kuda
Satu lagi mkn pil kuda
Ko mkn pil kuda ker?
Post a Comment