Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALASAN MEMBODEK RAKAN TIDAK KENA TEMPAT DAN BERCANGGAH DENGAN JAMINAN ALLAH

KENYATAAN YANG SANGAT BERCANGGAH DENGAN DASAR PARTI SENDIRI, APA JENIS ORANG KAMU NIH ? YANG SEBENARNYA KAMU TIDAK BUAT KERJA UNTUK MEMPERKENALKAN DASAR PARTI KAMU, JANGAN SALAHKAN SENTIMEN RAKYAT SARAWAK, JANGAN INGAT RAKYAT SARAWAK TAK KENAL ISLAM ! PERSOALAN YANG BESAR KAMU TIDAK BEKERJA DAN BERJIHAD - Pak Karamu        
 
Pas kena berguru dengan DAP di Sarawak

  • Suhaizan Kaiat Suhaizan Kaiat
1 / 1
SHAH ALAM - ‎Pas disaran agar berguru dengan parti rakan komponennya, DAP  untuk menempah tempat di Sarawak dalam pilihan raya negeri itu nanti.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, DAP‎ telah berjaya menang di Sarawak dan diterima  rakyat negeri itu walaupun sebelumnya parti itu ditolak.

"Kesukaran Pas untuk menang di Sarawak sangat berkait rapat dengan sentimen pengundi Sarawak yang kurang menerima parti Semenanjung. Umno sendiri sehingga ke hari ini masih gagal menubuhkan satu cawangan pun di Sarawak.

"Walau bagaimanapun, kejayaan DAP yang m‎enang di Sarawak sepatutnya kita boleh pelajari selok belok dan pendekatan mereka. Ini kerana, sebagai parti yang ditubuhkan di Semenanjung, DAP juga pada awalnya tidak diterima pengundi Sarawak. Tetapi dengan strategi berkesan, DAP kini bertapak kukuh di Bumi Kenyalang tersebut," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Pemuda Pas ke-56, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Suhaizan mengingatkan bahawa untuk menguasai Putrajaya, dominasi kerusi Parlimen Sarawak oleh BN mesti dipecahkan.

"Dalam PRU yang lepas, BN menang 25 kerusi daripada 31 kerusi manakala PR hanya menang enam kerusi.

"PRN yang dijangka diadakan tahun depan mesti menjadi batu loncatan untuk mencapai kemenangan di peringkat Parlimen dalam PRU14.

"Oleh itu kita perlu lahirkan anak sulung di Sarawak agar prestasi dan pencapaian Adun sulung tersebut mampu meyakinkan masyarakat Sarawak bahawa kita juga mampu menjadi wakil mereka yang baik dan berkesan.

"Calonnya pun dah ada. Insya-ALLAH yang berucap tadi (Setiausaha Pemuda Pas, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus)," katanya.

Dalam ucapan sama, Suhaizan mencadangkan agar Pas Pusat lebih agresif dalam mewajahkan Pas Sarawak sebagai sebuah parti tempatan.

"Sudah sampai masanya Pas Sarawak diberikan autonomi dalam mentadbir dan merencanakan‎ perjalanan parti di negeri tersebut.

"Ruang autonomi yang dicadangkan adalah dalam soal mengadakan pakatan politik dengan mana-mana parti sama termasuk yang tidak menyertai PR dan BN seperti SNAP, SWP dan STAR.

"Pemuda juga berharap agar wakil Borneo dapar diberikan ruang yang luas dalam parti termasuk berikan kepercayaan untuk menjawat jawatan yang lebih penting asalkan mereka berkemampuan,"katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

kepala hatuk hang,pandai menulis tapi akaki letak kt lutuit.Pkakarmuhang

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.