Desak Pemuda Pas kota janji
SHAH ALAM - Perwakilan Sabah, Rosli Hasan memohon agar Dewan Pemuda Pas
Pusat menyediakan pampasan sewajarnya kepada penduduk-penduduk di
kawasan Parlimen Sabah selepas perumahan setinggan mereka dirobohkan.
Dalam siri perbahasan Parlimen Sabah pada hari kedua Muktamar Pemuda
Pas, Rosli berkata, turut menggesa Pemuda Pas menyediakan dana khas
bagi membantu penduduk kawasan Kampung Pasir Putih membiayai kos
guaman.
Jelasnya isu melibatkan kampung itu kini diperingkat perbicaraan mahkamah namun mereka tidak mampu membiayai kos guaman.
Sementara itu pada awal sesi perbahasan, Rosli menyatakan, kes
penculikan di kawasan-kawasan pantai dan restoran yang seringkali
berlaku di Sabah bernar-benar membimbangkan penduduk Sabah dan
membuatkan mereka rasa tidak selamat meskipun Esscom telah ditubuhkan.
"Bagaimana rakyat Sabah hidup aman kalau kerajaan hari ini tidak memandang berat terhadap penduduk Sabah?
Tegasnya, mereka tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Beliau turut mendesak agar wakil-wakil Pemuda Pas yang telah turun
padang dan janji untuk membantu dapat mengotakan janji mereka.
Selain itu, isu menurutnya, isu kad pengenalan anak-anak orang asal juga masih belum selesai.
"Kami di Sabah umpama dianaktirikan, tidak dapat kerjasama dari Pemuda Pas Pusat," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment