Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANGPA TAK TAHU RESIKO BILA BUAT KEPUTUSAN

PR 2.0: Wan Azizah hormati keputusan Pas
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
 
KUALA LUMPUR - [VIDEO] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghormati keputusan Pas sekiranya mereka enggan hadir pada persidangan meja bulat yang bakal berlangsung pada Selasa ini.

Menurutnya, beliau berniat baik dengan menjemput semua pemimpin parti pembangkang serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) ke persidangan itu.

"Saya sebagai ketua pembangkang telah mengemukakan jemputan ke persidangan itu untuk kita sama-sama mencari jalan demi mewujudkan masa depan Malaysia yang lebih baik.

"Jadi, itu adalah pilihan Pas sama ada mereka hendak hadir ataupun tidak dalam persidangan tersebut," katanya ketika ditemui selepas merasmikan 'Forum Pembangunan dan Kerajaan Gabungan' di Hotel Grand Continental, di sini, hari ini.

Walaupun Pas sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan datang ke persidangan berkenaan, menurutnya, beliau tidak menutup pintu bagi parti itu untuk hadir.

"Itu jawapan mereka (Pas). Tetapi, kita masih membuka jemputan sekiranya mereka hendak hadir kerana kita sudah menjemput mereka," katanya.

Kata Wan Azizah, pihak pembangkang memerlukan semua parti pembangkang termasuk di Sarawak dan Sabah untuk memenangi pilihan raya yang akan datang.

Dalam pada itu, menurut beliau, persidangan meja bulat berkenaan akan berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya bermula pada jam 10 pagi.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Pas tidak bersedia untuk mengadakan persidangan meja bulat dengan DAP serta Parti Amanah Negara.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, hal ini selaras dengan pegangan kepimpinan pusat partinya, dan pelawaan itu ditolak kerana ia bukanlah masa yang sesuai untuk menjalinkan kerjasama dengan dua parti berkenaan.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Buang masa je....PAS tetap PAS yg mana pemimpin2nya x boleh dipercayai dan utk pemimpin2 PR khususnya dari PKR dengar dan lihatlah luahan dan pandangan akar umbi utk x membuat pakatan bersama PAS. Sudah2 lah PR ditikam dari belakang sebelum ini dan ambillah ia sbg pengajaran.

Hamba Allah said...

Klo pemimpin PAS xboleh dipercayai buat apa hegeh2 nk ajak PAS bersatu dlm pakatan 2.0??dari situ kita boleh menilai parti mana yg boleh dipercayai atau tidak..saya harap anon 7.28 gunakan akal fikiran yg ALLAH kurniakan utk berfikir yg parti mana ISLAM dan parti mana yg munafik..jgn jd seperti anjing salak bukit

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.