Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

IKUT SELERALAH


CELARU!!! Apa Kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Berhubung Taklik Cerai MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.. Jom Terjah!!!






Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli perlu memberi penjelasan kepada Mahkamah Syariah negeri berhubung taklik cerai talak tiga yang dibaiahnya, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad.
Daud berkata Dr Hatta tidak wajar membuat keputusan sendiri tanpa melalui proses perbicaraan dan berkemungkinan beliau keliru antara baiah mengosongkan kerusi sebagai anggota Parlimen dan lafaz taklik.

"Kalau dia langgar sumpah, dia boleh bayar kifarat. Tapi berbeza dengan taklik... kalau dia lafaz taklik macam tu (cerai talak tiga), maka kena ikutlah. Untuk kes taklik tak ada kifarat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kota Baharu, Khamis.
Pada Rabu, PAS Kelantan mengesahkan taklik lafaz cerai talak tiga yang dikenakan parti itu ke atas wakil rakyatnya di negeri ini adalah bagi mengelak mereka melompat parti adalah sah di sisi perundangan Islam.
Daud berkata jika terdapat keraguan berhubung talak, perkara itu perlu ditentukan oleh mahkamah.
"Dia kena sahkan di mahkamah... sahkan dulu. Kalau dia kata tak jatuh, buat permohonan dan kemukakan alasan. Kemudian mahkamah akan buat keputusan.
"Kalau seseorang itu ragu-ragu tentang talak ini, dia kena tentukan di mahkamah untuk sahkan atau tidak. Undang-undang (Malaysia) kata begitu. Dia tak boleh kata begitu, bertaklik tapi tak jatuh (talak), tak selesai. Mungkin dia keliru dengan kifarat," katanya.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia di Tanah Merah malam tadi, Dr Hatta mendakwa perkahwinannya tidak terbubar kerana telah membayar kifarat kepada baiah berkenaan.
Katanya beliau telah merujuk masalah berkenaan kepada beberapa ulama di dalam dan luar negara, antaranya penasihat Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) Ahmad Awang, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ulama Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
"Kita dinasihat oleh penasihat umum kita, Ustaz Ahmad Awang (berhubung lafaz cerai). Tak menjadi masalah, kehidupan diteruskan, perjuangan diteruskan. Kita bayar kifaratlah kepada baiah, beri makan 10 orang... itu dah memang tercatat. Ustaz-ustaz, ulama-ulama tahu benda itu.
"Saya mempunyai cukup alasan dan panduan untuk tidak mengambil pandangan sedemikian (jatuh talak) walaupun datang daripada seorang Menteri Besar, ataupun seorang Timbalan Menteri Besar... hatta mufti (Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad) sekalipun," katanya.
Ditanya mengenai anjuran Daud sebelum ini supaya beliau ke Mahkamah Syariah untuk mendaftarkan penceraiannya, Dr Hatta berkata: "Saya tak akan pergi.. tak ada kaitan."
PAS pada Selasa mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk Dr Hatta bukan lagi anggota parti berkenaan sebaik sahaja mereka menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (PPM) yang diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) dan akan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata PAS memperkenalkan baiah atau sumpah kepada wakil rakyatnya di seluruh negara yang bertanding atas tiket parti itu sejak 2004 yang mesti mengosongkan kerusi mereka jika meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.
Katanya bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah syarat bahawa wakil rakyat PAS di Kelantan perlu bertaklik dengan melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing.
- Bernama

8 orang berkata:

Anonymous said...

Pakakrmu .agama apa yang digunakan Pas ni.apa hukum yang diselerakan ni? tolong mai sini ,kau ingat orang baiah ni nak pegi perang jigad ke? perang jihad bagi harta dunia ni takdak nilai .yang dikejarnya mati syahid,ni nak jadi calun lawan Umno je/Apa punya akai Pas ni takut kawan lompat pi kelain suruh baiah tertalaq bini .hang inagt Dr Hatta tu bodoh ke macam Hang memang lagu tu.bila hadi jeling kat hang ,tercabaut seluar hang nampak burung hang.buat malu je dengan kafir .apa puny gila eh.Dr Hatta .hang jangan dpk ikut kepala ulamak mabuk pil kuda tu.Kalau rasa hati tak sedapp hang minta ampun dengan Allah.tu kumpulan cikai.sama macam Pakarmutui

Anonymous said...

Lepas ni klu hatta ke kolod ke nizar ke nipah ke....maria careyke...klu depa ni nk pinjam duit...sumpah nk byr balik...samada xkp.x.dpr.bg atau sedekahkan jerla...nak harap byr balik? Isu kexik jer la...putrajaya tu lg besar kan

Barakatnot said...

Simpati pd dr hatta..ini kes munakahat..kita ada mahkamah syariah...zohir kes ialah kamu dah ceraikan isteri kamu secara taklik talak dan sah...tolong lah pikiaq elok2 sebelum nak buat sesuatu..enakmen keluarga islam dah gezet dah.

Barakatnot said...

Simpati pd dr hatta..ini kes munakahat..kita ada mahkamah syariah...zohir kes ialah kamu dah ceraikan isteri kamu secara taklik talak dan sah...tolong lah pikiaq elok2 sebelum nak buat sesuatu..enakmen keluarga islam dah gezet dah.

Anonymous said...

Biaq pi dia la kita cakap asal tak ikut tangung dosa.buat asal lepas kita dah dia bijak pandai srndiri ada org bijsk pandai sendiri utk diambil kira.kita buat apa dok serabut otak pikir pasal dia.kalau mufti kelantan kata salah ambik tindakan.elok dengar pendapat peringkat lebih tinggi kalau ada atau org lain yg punya kelayakan.ambik la yg mana baik.bkn kita nak penaya org kita nak tegak hukum islam saja.yg benar ckp benar itu sj tak kira sapa.kemudian itu hal dia dgn Tuhan la tgok mana kalau Tuhan nak tunjuk.jgn buat sumpah mcm najib tu tengok sekarang tak habis lg mkn sumpah org.org org keluar pas tu sudah pandai belaka sbb tu mereka keluar parti yg timggal ni bodoh belaka mana mereka nak dengar ckp kita

Anonymous said...

ape parti pun 2x5 je..tambah2 ghb dan pas..itu la akubat dia hehe...
ko kalo bawak sampan ber dayung atas darat nescaya semua manusia jadi bingung tengok dan org nescaya gelakkan ko..nescaya ko dapat mcm2 akibat atas peebuatan sesat ko tu..
sama juga ko bawak agama berdayung atas demokrasi perlembagaan lord reid...
ini la akibat dia...semua manusia jadi bingung tapi ko n ghb tetap mengaku pandai...padahal dgn ko2 sekali dh bingung hahaha...
control macho..

Anonymous said...

Kita ambik pendekatan yg lebih baik encik jika tdk kita perlu berperang.bagaimana berperang dgn org islam sendiri.pilihanraya adalah cara aman.satu satu cara yg ada utk kita.semoga Tuhan menunjukkan jln n mengampun kan kita semua.

Anonymous said...

siapa yg suruh ko perang?mcm manapun ayat ko yg last tu memang gentleman...semoga Allah ampunkan kita semua dan tunjuk jalan...
demokrasi perlembagaan lord reid bukan jalan untuk agama berdayung..
sampan kalo ko bawak berdayung atas darat bukan manusia je bingung ayam tengok pun ayam bingung..
quran dan sunnah tu kene berdayung atas quran dan sunnah juga,itu la jalan dia,sebab tu nabi saw berlepas diri dulu dari melibatkan diri dengan sistem jahilliah..walau dia keseorangan,jalan tu memang ada pun walau tggal ko seorang..quran dan sunnah kena berdayung diatas quran dan sunnah..ini baru agama..kalo quran dan sunnah ko bawa register berundang2 dengan dengan perundangan demokrasi perlembagaan lord reid kat mana tauhidnya?sedang tauhid itu syarat sah kepada agama..
mcm mana pun ayat last ko tu gentleman..
biasenya bila aku cakap mcm ni pentaksub akan melompat mcm mawas liar bila parti demokrasi lord reid dia di usik ...tq..mcm aku dh usik adik pompuan dia lak hehe
tq..insyaAllah..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.