25 exco Pemuda, Muslimat Pas Johor sertai Amanah
JOHOR BAHRU - Seramai 25 anggota Exco Pemuda dan Muslimat Pas Johor
termasuk ketua kedua-dua sayap parti itu hari ini mengumumkan peletakan
jawatan dalam parti bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Semalam, Pengerusi Gerakan Harapan Baru (HB), Mohamad Sabu mengumumkan
'Amanah' akan digunakan sebagai nama rasmi wadah politik HB.
Pengerusi HB Johor, Aminolhuda Hassan berkata peletakan jawatan
beramai-ramai ahli Pas Johor bagi menyertai parti baru ini bukan kerana
dipaksa, tetapi kerana ia (parti baru) lebih menepati hala tuju yang
diingini.
Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh dan Ketua Dewan
Muslimat Pas, Norhayati Bachok antara mereka yang meletakkan jawatan.
"Kita mahu lebih fokus kepada isu rakyat, maknanya pendekatan kita
lebih mendekati masalah rakyat dan bukan permasalahan dalaman.
"Kita menggunakan pendekatan parti baru iaitu Amanah, Inklusif dan
Peduli," kata Aminolhuda ketika mengumumkan perkara itu, di sini hari
ini.
Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Negeri berkata, pihaknya
menyasarkan seramai 5,000 keanggotaan baru menjelang pelancaran parti
itu peringkat negeri 11 September ini.
Pada 24 Ogos lalu, seramai 91 ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Gelang Patah meletakkan jawatan masing-masing.
Semalam, Mat Sabu, bekas timbalan presiden Pas berkata, HB telah
mengambilalih Parti Pekerja-pekerja Malaysia yang dijenamakan semula
sebagai Amanah. - Bernama
1 orang berkata:
Terima kasih atas ucapan itu.
Mudah-mudahan Pas berlapang dada.
Tugas kita adalah untuk menjatuhkan umno.
Carik2 bulu ayam akhirnya bercantum juga.
Biduk lalu kiambang bertaut.
In Sha Allah
Post a Comment