07 September 2015 HUDUD : TMI PUTAR BELIT KENYATAAN MAT SABU KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN 7hb SEPTEMBER 2015
Hari ini, 6 September lebih kurang jam 3 petang, telah berlangsung satu dialog sempena pelancaran Parti Amanah Negara di Hotel Grand Continental di Kuching, Sarawak.
Dalam dialog tersebut saya ditanya tentang pendirian Parti Amanah Negara berkenaan hudud jika di bawa ke Parlimen.
Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan kami iaitu memlih secara demokrasi, konsultasi (perundingan) dan mengambilkira Perlembagaan negara.
Oleh itu, sekiranya isu ini timbul pada masa akan datang, persetujuan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat 2.0 jika ianya terbentuk nanti, hendaklah dibincang bersama terhadap sebarang pindaan perlembagaan atau hal-hal yang terlalu penting, sama ada untuk bersetuju ataupun tidak.
Kekeliruan yang timbul akibat laporan daripada The Malaysian Insider seolah-olah meletakkan bahawa saya akan mengarahkan anggota parlimen daripada Parti Amanah Negara untuk menolak RUU hudud jika dikemukakan.
Saya jelaskan sekali lagi, sebarang persetujuan atau penentangan hendaklah dibincang bersama dalam komponen Pakatan Rakyat 2.0. untuk bersetuju atau tidak, di atas konsep persetujuan bersama yang menjadi pegangan kepada kami.
Sehubungan itu, saya berharap pihak berkaitan segera memperbetulkan laporan berkenaan, agar ia tidak menimbulkan kekeliruan dan salah anggap di kalangan masyarakat terhadap pendirian kami.
HJ MOHAMAD BIN SABU Pengerusi Parti Amanah Negara 6 September 2015
HJ MOHAMAD BIN SABU Pengerusi Parti Amanah Negara 6 September 2015
9 orang berkata:
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata kajian pihaknya mendapati golongan wanita paling marah dengan isu ini.
"Berdasarkan tinjauan pantas yang dijalankan kepada pengundi wanita di Lembah Klang, hampir keseluruhan memberikan reaksi marah dengan tindakan PAS menggunakan agama demi kepentingan politik dan kuasa," kata pengkaji pendapat bebas itu kepada The Malaysian Insider.
Baiah taklik yang menyandarkan pegangan terhadap parti kepada cerai talak tiga ke atas isteri, dimulakan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyelamatkan kerajaan negeri itu selepas kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005.
Dengan kekalahan itu, PAS dan musuhnya Umno hanya berbeza satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dengan 23 kerusi berbanding 22 milik BN.
Selepas terbukti ia berkesan, tradisi baiah taklik ini diteruskan PAS di Kelantan pada setiap kali menjelang pilihan raya termasuk pada pilihan raya umum (PRU) 2013 lalu.
Tanpa Disangka.. Isu Ini Memakan Diri PAS
Namun begitu, Nik Aziz menjadikan perkara ini rahsia yang disimpan hanya di kalangan mereka yang terlibat saja tanpa diketahui umum.
Apabila bekas naib presiden PAS Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan perkara ini tidak lama dulu, Nik Aziz serta setiausaha agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali, menafikannya.
Tetapi kini, ketika parti berpecah dua, pemimpin PAS menjadikan isu ini sebagai senjata politik untuk mengekang ahlinya, khasnya wakil rakyat mereka, daripada meninggalkan parti itu.
Ia berlaku selepas parti itu kehilangan rakannya dalam Pakatan Rakyat, diikuti pengundi Cina, sebagaimana ditunjukkan dalam perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang tidak disertai PAS.
Tentangan terhadap baiah taklik juga mula disuarakan pertubuhan dan pemimpin wanita terhadap parti itu.
"Apabila rahsia ini terbongkar, ia menjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita, yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam, kini menjadi bahan dagangan percaturan politik," kata Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.
Mereka menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan institusi keluarga sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun.
"Perbuatan ini bukan saja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat dibawa Rasulullah yang meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di depan Yang Maha Pencipta, syariat yang membawa rahmah bagi sekalian alam," kata Che Asmah.
"Saya menyatakan bahawa, kami mengambil pendirian sebarang Rang Undang-Undang (RUU) apa sekalipun termasuk undang-undang syariah, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu di atas konsep pegangan perjuangan KAMI IAITU MEMILIH SECARA DEMOKRASI, konsultasi (perundingan) dan MENGAMBIL KIRA PERLEMBAGAAN NEGARA"
ko tengok hurup besar tu..ghb dan pas 2x5 je hehe...sebab 2 2 berundang2 dgn bukan hukum Allah...
tapi mereka ni sembang lebat...padahal 2x5 je ngan umno pkr sume...dah la 2x5 dia "kafirkan" pulak umno hahaha...
aku harap kita semua jgn le taksub kat mereka parti2 politik ni..tambah2 yg bawa agama Tuhan yg esa berundang2 dgn hukum manusia...
ko taksub ape yg ko dapat hehe..
melawakkan diri sendiri je...
lagi 1 korang tengok ye..untuk pas kenal dap itu siapa, dia ambil masa yg sangat panjang walhal budak tadika pun kenal dap tu sape..ko x caya nanti ko tanya budak tadika lim kit siang,guan eng,karpal singh tu sapa hahaha...
lepas tu pas berani kata dia seolah2 dia "kenal" sangat agama....hehe..
hagak2 la..ko nak kenal dap pun payah..
2x5 je sume..buang karan.
fikir2kan ye..kesian kat mak bapak kita dapat anak bodoh taksub kat parti politik demokrasi lord reid...
hehe....
insyaAllah ye...
Pakarmutui.Presideng mu kata dah letak calun bertanding di kerusi yang ada DAP bertanding ,Nak tanay bakpa kat Selangor Pas masih bersma dengan DAP ,bakpa tak cabut lari dari memerintah bersama DAP ni .hukum tak haram ke,OOOO kat Selangor takut nak cabut lari ,nak jaga duit,elaung ,macamng2 lagi .sudahlah mu Pkarmutui .mu sama sama je dengan kaki2 putar elit dalam Pas.
Cer kita dengo apa yang Ulama No. Satu Dunia , bukan hok NOMBOR DUA, hok NOMBOR SATU DUNIA khabo.
Perlaksanaan hudud mengikut Sheikh Dr Yusuf al Qaradhawi (Hudud dalam wacana Feqah Masa Kini Al Jazeera TV 10 Januari 2011)
Sebelum dilaksanakan (hukum) hudud:
1) Beri makan (terlebih dahulu) kepada orang yang lapar
2) Sediakan pekerjaan kepada penganggur
3) Ajarkan orang yang jahil
4) Dan Latih (para) pekerja
Mesti lakukan ini sebelum melaksanakan hudud!
Dasar perlaksanaan hudud (ialah) tidak dilaksanakan hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan seperti yang telah saya katakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan aqidah, syariat, akhlak, tatasusila dan nilai-nilai (murni) kita bangunkan masyarakat Islam dalam keadaan ini, kita laksanakan hudud.
Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam.
Di Mesir 90% Islam - tak laksana hudud. Di Jordan 95% Islam dan raja dia mengaku keturunan bani Hashim (kabilah Nabi saw) - tak laksana hudud.
Tak usah merepet banyak2. Awak islam ke kafir. Hanya puak munafiq sahaja yang banyak mengemukakan berbagai alasan dan daleh untuk menolak hukum Allah.Allah sendiri sudah jelas memberi amaran, panggillah berpuluh malahan beribu bijak pandai dan cubalah karang satu ayat menyerupai alQuran, pasti kamu tidak berdaya melakukannya. Begitu pula buatlah seribu helah untuk menidakkan hukam Allah, yang kamu perolehi hanyalah api neraka jahanam! Dan kepad Mat Sabu. Bila pulak ada wakil rakyat Parti Amanah Rakyat???? Tak malukah kamu mengaku hak orang lain sebagai hak kamu??? Kalau sudah bertuankan Dap dan Kit Siang, mengaku saja yang puak kamu lebih seronok dengan akidah sosialis Dap daripada islam. Janganlah merapu kerana itu menunjukkan kamu semua sudah hilang arah.
ko ni jgn le terjah beriye2 sgt walhal ko umno pkr ghb 2x5 je...
Allah ada bgtau x dalam quran kat mana duduk tauhid dalam beragama? ko x nak ajar kat sini?
register bawa undang2 Allah berhukum kebawah undang2 demokrasi lord reid kat mana tauhidnya...?
share le kat sini semoga jadi panduan kawan2...
bab feqah ni dh jauh kedepan tu yg register undang2 Allah berundang2 dengan demokrasi lord reid tu sangkut kat tauhid tu bukan kat bab cabang tu...
jelaskan la..ha ramai nak dengar ni...
Kenapa hudud Pas dah sunyi sepi skrg? Dari Presideng sampai ke walaun semua dah jadi bisu pulak. DAP, PKR pun dah tak boleh kacau kalau Pas nak laksanakan hudud skrg.
Hakikatnya, Pas sebuah parti hipokrit penjual agama berimamkan ulamak su' akhir zaman.
SPEAKER TAK TERIMA SEBARANG USUL MENGENAI HUDUD
Speaker Pandikar Amin Mulia hari ini berkata beliau belum menerima sebarang usul mengenai rang undang-undang (RUU) hudud untuk dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang.Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada RUU itu akan dibawa pada sidang akan datang yang akan bermula bulan depan.
"Saya tidak menerima sebarang usul mengenai perkara itu kerana sesi Parlimen akan datang pada Oktober.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/speaker-tidak-terima-sebarang-usul-mengenai-hudud
KAH KAH KAH
woit
apa makna berita ini?
kah kah kah
ini berita kena kencing
siapa kena kencing?
siapa kencing siapa?
kah kah kah
ini bukan kencing panas
ini kencing sejuk
kah kah kah
PADAN MUKA
time nak bentang kau pergi Jepom.
apa hal??
munapik?
Post a Comment