Solat hajat elak Muhyiddin dipecat Umno
SKUDAI - Lebih 10,000 ahli akar umbi Umno negeri ini dijangka
menghadiri Solat Hajat Perdana yang diadakan esok bagi mendoakan tiada
pemecatan terhadap Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Rabu ini.
Ahli Umno Cawangan Presint Bakti, Hashim Abdullah berkata, solat hajat itu merupakan inisiatif ahli akar umbi Umno Johor dan akan berlangsung secara serentak selepas waktu solat Maghrib di lebih 30 masjid dan surau seluruh negeri Johor.
Katanya, rata-rata ahli akar umbi Umno negeri itu berharap tiada pemecatan dibuat terhadap mana-mana pemimpin kerana bimbang akan menyebabkan perpecahan lebih teruk dalam parti itu.
0 orang berkata:
Post a Comment