Wanita Umno saman Najib dipecat daripada parti?
SHAH ALAM - Selepas menfailkan saman terhadap Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Tun Razak minggu lepas, kini viral di media sosial, surat
pemecatan Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin.
Dalam surat pemecatan itu, Anina dimaklumkan bahawa beliau dipecat berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan Umno.
"Adalah dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Umno memutuskan bahawa keahlian saudari di dalam parti telah gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan Umno oleh kerana tindakan saudari membawa perkara parti ke mahkamah," petik kenyataan surat tersebut.
Terdahulu Anina pada Jumaat lepas mengejutkan ramai pihak apabila tampil memfailkan saman terhadap Najib berkenaan isu 'derma' RM2.6.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anina: Ahli Umno sokong saya, tepuk tangan]
Beliau sebelum itu pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi melepaskan kemarahannya terhadap Najib, serta mendakwa Najib menipu ahli Umno.
2 orang berkata:
kena imbas juga
satu turun puluhan ikut turun
Post a Comment