Pecat Muhyiddin, Shafie satu amaran
PUCHONG - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
menganggap pemecatan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal daripada semua jawatan dalam kerajaan sebagai satu
amaran keras kepada ahli dan pemimpin semua peringkat dalam Umno.
Mukhriz berkata, amaran itu dilihat mendesak semua pemimpin Umno supaya tidak membuat tindakan yang tidak direstui.
“Saya ingat bila Muhyiddin dan Shafie dipecat, ia bagai satu amaran
kepada orang lain supaya jangan pandai-pandai (dalam setiap tindakan).
“Saya tahu ada arahan supaya jangan bawa usul pelik-pelik, (melainkan)
usul menyokong kepimpinan Najib,” katanya berucap dalam program sepetang
bersama beliau di Pulau Meranti, di sini, semalam.
Beliau juga berkata, jumlah keahlian Umno lebih tiga juta itu tidak
membawa makna jika tiada keberanian menyuarakan perubahan dari dalam
parti itu.
“Jangan sesekali berasa diri kerdil walaupun hanya ketua Umno cawangan.
Jumlah keahlian besar tidak bermakna jika ahli Umno tidak endah
(perubahan),” jelasnya.
0 orang berkata:
Post a Comment