Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAMAI YANG RAGU BLOK KETIGA, TERMASUK AKAR UMBI PAS

Rakyat sudah bosan politik celaru
 Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian

SHAH ALAM  - Hari ini Pas mengumumkan parti yang menjadi pilihannya untuk bekerjasama bagi membentuk pakatan pembangkang baharu.

Kerjasama yang dinamakan blok politik ketiga itu dilihat bukan sahaja mampu memberi keseimbangan kepada dua gabungan parti sedia ada, tetapi turut menawarkan alternatif kepada pengundi.

Tetapi sejauh manakah blok politik ketiga ini mampu memenangi hati rakyat masih jadi persoalan.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, perkembangan politik semasa turut menguji kematangan pengundi, sama ada mahu bersifat emosional, rasional atau praktikal dalam konteks pemilihan mereka.

“Persoalannya, sejauh manakah kestabilan diberikan keutamaan atau apakah ada faktor sampingan lain yang menjadi perhitungan. Dalam konteks lebih besar, didapati faktor penarik dan penolak ke atas pengundi ini berbeza mengikut demografi dan geografi.


“Dari segi geografi ia melibatkan pengundi di bandar dan luar bandar, manakala aspek demografi melibatkan kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu dan campuran. Semua faktor ini mempunyai pengaruh berbeza-beza,” katanya.

Pergeseran dalam Umno membabitkan barisan kepimpinannya sehingga membawa kepada pembentukan Deklarasi Rakyat sudah pasti turut memperlihatkan sama ada masyarakat mahukan atau bersedia dengan perubahan itu.

Katanya, pergeseran dalaman Umno hanya boleh diminimumkan sekiranya kepimpinan parti kembali merapatkan barisan, namun, apakah kepimpinan mampu mendapatkan kepercayaan penyokong dan ahli di peringkat bawahan?

“Keyakinan dan kepercayaan itulah yang akan diuji sehingga ke hari pilihan raya nanti. Bukan Umno sahaja perlu merapatkan barisan, parti komponen lain juga harus berubah bagi mengimbangi kedudukan.

“Hal yang sama dengan Pakatan Harapan. DAP, PKR dan Amanah juga harus berubah. Sejauh mana mereka mahu meletakkan usaha menjatuhkan BN tanpa ideologi bersama? Sehingga kini masih tidak wujud kerangka dasar bersama Pakatan Harapan,” katanya.

Menurutnya, semua yang berlaku boleh mempengaruhi pengundi.

“Mungkin mereka akan bosan dengan suasana politik yang berterusan, menyebabkan ada pengundi mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi,” katanya.

Beliau bersetuju kewujudan blok politik baharu akan memecahkan undi dan menyebabkan perlawanan tiga penjuru.

“Pertembungan tiga blok politik mungkin menambah jurang masyarakat dari sudut kematangan berpolitik dan politik berhemah. Seolah-olah kita berada dalam transisi ke arah pembentukan masyarakat yang jauh matang dalam menangani ideologi politik," katanya.

Bagaimanapun katanya, keadaan politik semasa yang dilihat bercelaru tidak akan reda sehinggalah PRU akan datang datang.

Semakin hampir dengan tarikh PRU, katanya, semakin rancak setiap parti meraih sokongan dengan apa sahaja cara.

Katanya, ketegangan ini boleh diredakan dengan cara pemerintah dan parti pembangkang duduk semeja dan tidak lagi bercakap tentang pilihan raya, sebaliknya bergerak ke arah membantu pembangunan negara dan bangsa.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.