Pak Karamu yakin blok ketiga tak mungkin berlaku, adalah payat jika PAS ujudkan kawan dari kumpulan nyamuk yang hanya bersuara apabila kumpulan mereka disentuh - Pak Karamu
Blok ketiga: Pas perlu muktamar khas
KOTA BHARU - Pas perlu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan
peranan Pas dalam blok ketiga supaya perpecahan seperti tertubuhnya
Parti Amanah Negara (Amanah) hingga melemahkan Pas pada ketika ini,
tidak berlaku lagi.
Pemangku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir
berkata, pengumuman yang dibuat mengenai kerjasama blok ketiga tersebut
telah mengejutkan banyak pihak.
“Sejurus itu juga beberapa parti membuat penafian akan penglibatan
mereka dengan blok ini. Malah, pengumuman itu pastinya juga menyebabkan
ahli di akar umbi terpinga-pinga.
“Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada Muktamar Pas Pusat yang
terakhir di Kuala Selangor, bila pula kita mahu bincangkan secara serius
akan penubuhan blok pembangkang yang baharu ini? Bukankah menjadi
kebiasaan kepada Pas untuk mengadakan muktamar khas bila mana satu
keputusan besar ingin dibuat?” katanya.
Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat kuasa dalam
sebarang keputusan dan pertimbangan berdasarkan Fasal 26 (9)
Perlembagaan Pas, perbincangan juga perlu diadakan,
"Fasal itu memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat ''embuat
pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang
tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan Pas dan membuat keputusan
mengenainya setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.'' Namun
begitu, perlulah diambil kira bahawa Muktamar Pas Pusat adalah kuasa
tertinggi dalam parti Islam ini sejajar dengan perlembagaannya,"
katanya.
Katanya, Pas perlu mengambil iktibar pengalaman tahaluf sebelum ini dalam membuat sebarang keputusan.
“Mungkin banyak pertimbangan telah dibuat dan memerlukan keputusan yang
cepat sejajar dengan cepatnya perkembangan politik tanah air sehari dua
ini, namun pengalaman daripada tahaluf dan usaha sama lepas hingga
berlaku perpecahan dalaman perlu dijadikan pedoman.
“Dan tentunya yang paling banyak menyimpan kenangan pahit manisnya adalah ahli-ahli di akar umbi,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Blok politik ketiga: Imbangi kerajaan, pembangkang]
3 orang berkata:
arini ari rabu...hadi kata nak umum blok ke-3....
ini dah jadi mcm najib....nak saman WSJ hari selasa...
rabu bila....nak buat batu blok ker atau dah goblok tak habis habis...
semua temberang ...semua penipu..
sebijik mcm umno pas ni...
Buka harakah online sedara..jgn jd mcm anjing salak bukit ye...nk komen biar pandang2 sbbnya hari pn xhabis lg
Errrr.. Harakah online... Ujud lagi ker.....
Post a Comment