Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI PAKAR MASIH TIDOQ LENAAAA !


RAKYAT MALAYSIA APA SUKU KAUMPUN TETAP BERSIKAP PILIH WARNA DAN RUMPUN, PAK KARAMU HANYA BOLEH BAGI KLU JEW, NI PAKAR TAK TAHU KA sI KADIAQ ANAK MAMI ! KAN KA ANAK MAMI NI MEMPUNYAI PERSATUAN YANG PALING BEESAQQQQQ KAT MALAYSIA NIH ? TU BELUM LAGI BIG BOS TEKAN CENTRAL BUTTON, HU HU HU  ! TU PASAI LA HANG BACA TAK HABIHHHHH ! C YAAAN !!!! - Pak Karamu
 
 
Pakar: Blok ketiga tak beri impak
 Kamarul Zaman Yusoff
Dr Kamarul Zaman Yusoff

KOTA BHARU - Pembentukan kerjasama politik antara Pas dan Ikatan dilihat bukan satu kerjasama kukuh yang mampu memberi impak besar dalam politik Malaysia.

Malah, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, kandungan kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rakan baharunya itu, tidak mengandungi sebarang indikasi bahawa kerjasamanya akan dilanjutkan ke dalam PRU 14.

Menurutnya, proses pembentukan kerjasama antara Pas dan Ikatan ini menunjukkan bahawa ia bukanlah satu bentuk kerjasama mantap yang boleh melonjakkan Pas ke hadapan dalam dunia politik.

Pertama sekali katanya, Ikatan adalah sebuah parti sangat baharu yang hanya dilancarkan secara rasmi pada Mei 2015, jadi ia tiada sebarang trek rekod yang boleh dijadikan ukuran kekuatannya.

“Ikatan juga tiada pemimpin berpengaruh. Presidennya terlalu tua untuk memulakan sebuah parti baharu di samping turut terbeban dengan perakuannya kepada corak pemerintahan yang diguna pakai sebelum ini, lebih-lebih lagi dia pernah menjawat jawatan menteri beberapa kali sebelum ini.

“Selain presidennya, didapati bahawa tiada pemimpin berkaliber di dalam barisan kepimpinan Ikatan berbanding waktu pelancaran awal Ikatan pada Jun 2012 dulu,” katanya.

Menurutnya, dilihat bahawa Ikatan mempunyai masalah untuk menarik pemimpin berkaliber menyertainya dan ini terbukti apabila janji presidennya, pada Mei 2015 untuk memperkenalkan barisan pemimpinnya di seluruh negara pada September 2015 belum mampu dikotakan olehnya hingga sekarang.

Beliau memberitahu, dari segi visi parti juga Ikatan didapati terlalu bersifat sentimental dan memandang ke belakang dengan mengikat identiti dirinya dengan bekas pemimpin terdahulu, khususnya Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra.

Dengan mengambil kira latar belakang Ikatan seperti itu, maka Kamarul Zaman yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) memaklumkan,  tidak hairanlah banyak pihak mempersoalkan kewajaran langkah Pas membentuk kerjasama dengannya.

Telahnya, apa yang difikirkan sekarang ialah kerjasama ini akan lebih menguntungkan Ikatan berbanding Pas yang boleh tercalar identiti perjuangan Islamnya berbanding hanya secebis manfaat politik yang bakal diperoleh.

Apatah lagi katanya, setelah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan mendedahkan pembentukan kewujudan blok baharu pembangkang, Ikatan sendiri menafikannya.

“Begitu juga dengan kenyataan-kenyataan Ikatan sendiri sebelum ini bahawa mereka adalah parti berasaskan isu sahaja tetapi tidak bermatlamatkan pilihan raya yang menimbulkan persoalan mengenai ketahanan Ikatan,” katanya.

Jelasnya, sewaktu melancarkan Ikatan pada Mei 2015 dahulu jelas menyebut bahawa Ikatan tidak memikirkan tentang pilihan raya dan bahawa soal sama ada Ikatan akan menyertai PRU14 hanya akan ditentukan kemudian.

Menarik katanya, kandungan kenyataan bersama Hadi dan rakan baharunya itu juga langsung tidak menyebut sebarang rujukan ke atas kemungkinan kerjasama antara Pas dan Ikatan untuk menghadapi PRU14.

Paling tinggi sekali di dalam kenyataan bersama itu, bagi beliau hanyalah frasa bahawa 'pertemuan pada hari ini juga membuka ruang ke arah membina suatu kumpulan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun yang sedang digagaskan oleh Pas'.

“Tanpa elemen pilihan raya maka benarlah tanggapan bahawa kerjasama ini bukan satu kerjasama kukuh yang mampu memberi impak besar dalam politik Malaysia,” katanya

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.