MAT SABU JANGAN LA NAK COOLKAN HATI KETUA AMANAH KEDAH, KAT KEDAH DEPA DAH KERIAU HABIH TENTANG KEUJUDAN PAS/IKATAN, DEPA TENGAH KECUT MAT OIII ! HANG PI LA KEDAH KASI DEPA COOL SIKIT, DAN RAMAI LAGI YANG SANGAT BIMBANG KEUJUDAN PAS/IKATAN DENGAN ANDAIAN MACAM-MACAM, HINGGA ADA YANG KATA P.PINANG AKAN TERLEPAS, MAKLUM LA KETUA IKATAN TU ANAK MAMI, HABIH LA KO MAT SABU !! - Pak Karamu
Blok ketiga meriahkan politik demokrasi negara
ALOR SETAR - Pembentukan blok ketiga pembangkang oleh Pas dengan
kerjasama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak memberi kesan
besar kepada Pakatan Harapan.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, usaha itu
sebaliknya memeriahkan lagi politik demokrasi di Malaysia.
“Itu hak mereka untuk menentukan arah tuju politik masing-masing tapi
saya tidak mahu menyetuh banyak hal mereka. Cuma saya akan tumpu untuk
berkempen kepada Amanah dan Pakatan Harapan.
“Saya rasa kewujudan blok ketiga ini tidak ada masalah sebab rakyat
tahu pilih. Misalnya dalam PRK Bukit Selambau pernah sehingga 15 calon,
tapi rakyat memilih sama ada BN atau PR,” katanya kepada media.
Menurutnya, rakyat hanya akan memilih parti yang dianggap boleh memerintah negara sama ada BN mahupun Pakatan Harapan.
“Saya tak nampak apa-apa kesan besar. Soal kacau daun itu boleh
ditafsir masing-masing. Tapi kita boleh tengok kehadiran orang menyertai
Amanah begitu memberangsangkan, bahkan untuk pendaftaran kami terpaksa
memperlahankan aliran orang untuk sertai.
“Ahli Amanah yang berdaftar sekitar 40,000 orang sahaja. Tapi borang
pendaftaran yang dalam proses terlalu banyak lebih 100,000 orang
termasuk dari ahli Umno,” katanya.
Ditanya sama ada Amanah menawarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk menyertai parti itu, beliau menafikannya.
“Tak ada, dia (Tun Mahathir) orang bijak. Bagilah dia memilih. Begitu
juga dengan (bekas Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan
(bekas Timbalan Perdana Menteri), Tan Sri Muhyiddin Yassin mereka orang
yang ada pemikiran.
“Kita biar mereka pilih. Saya tak ada apa-apa tawaran untuk mereka
sertai parti pembangkang. Kalau mereka nak sertai, kita tunggu sehingga
tiba waktu itu. Kita tak boleh buat ramalan bagi mereka orang bijak,”
katanya.
Pada 16 Mac lalu, Pas mengesahkan Ikatan sebagai rakan komponen dalam pembentukan blok politik ketiga di negara ini.
Pengumuman oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan itu
disifatkan sebagai membina suatu kumpulan persefahaman kerjasama politik
yang lebih tersusun dengan membawa model politik matang, terbuka
bertanggungjawab, bersih dan sejahtera.
2 orang berkata:
Pak kera mu telang pil kuda..
Telang microphone kut..
Post a Comment