Blok Pas penyebab perpaduan Melayu semakin parah
KUALA LUMPUR – Sebarang usaha untuk mewujudkan blok politik baharu
dalam kalangan parti pembangkang hanya akan merugi dan memecahbelahkan
perpaduan orang Melayu jika ia tidak berteraskan kepada kepentingan
negara.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku
Jaafar berkata, walaupun blok politik itu tidak melibatkan parti
pemerintah, perpecahan orang Melayu sedia ada akan bertambah parah
selepas pembentukan gerakan baharu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi
Deklarasi Rakyat.
“Apa saja blok-blok (politik) yang kita nak tubuh, mesti mengambil kira
gambaran lebih besar. Kalau tidak, akhirnya kita akan terjerumus dalam
semua pihak seperti yang dibuat oleh Mahathir.
"Dia nak buat blok politik sendiri, (namun) tapi ia hanya
memecahbelahkan masyarakat Melayu. Sepatutnya kita tak melihat dari
sudut blok-blok Melayu ini lagi. (Tapi) kena melihat dari sudut
perpaduan negara.
"Perpecahan orang Melayu tidak akan mendatangkan faedah dan kebaikan
kepada sesiapa pun, (kerana) tujuan negara itu lebih penting daripada
tujuan politik itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian di lobi
bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan
pada Khamis lalu bahawa pihaknya akan membentuk satu pakatan baharu
dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.
Takiyuddin bagaimanapun berkata blok pembangkang baharu itu tidak akan
melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada
16 Mac ini (Rabu).
0 orang berkata:
Post a Comment