BARU FAHAM PERCATURAN POLITIK PAS INI, YANG TAK FAHAN CARI SEBAB MENGAPA UJUD BLOK KETIGA, PAK KARAMU AGAK RISAU JIKA PKR DITINGGALKAN DAN DISIA-SIAKAN, INI BUKAN KERANA PKR KUAT TAPI KERANA DASAR PKR LEBIH KURANG SAMA DENGAN PANDANGAN PARTI IKATAN, DAN KEDUDUKAN PARTI SEMACAM PKR PERLU UJUD MENJADI KAWAN KEPADA PAS, ERTINYA PAS TWERIMA MAJMUK, STOP .
SEMALAM PAK KARAMU ADA SEBUT, KITA TUNGGU APA RIAKSI PARTI NON MUSLIM DI DALAM BN, NAMUN MEREKA BELUM LAGI BERSUARA, HMMMM KITA TUNGGU ! SETAKAT TU DULU, JIKA ADA RIAK YANG POSITIF ATAU NEGATIF MAKA PERANCANGAN POLITIK BLOK KETIGA ADALAH KONSEP BESAR DAN JAUH, MACAM CERITA HILANGNYA KAPAL TERBANG MAS KALO TAK FAHAM JANGAN MAIN POLITIK - Pak Karamu
Hubungan Pas dengan PKR tidak terjejas
KUALA LUMPUR - Penubuhan blok politik ketiga antara Pas dengan Parti
Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak akan menjejaskan hubungan parti
Islam itu dengan rakan komponennya, PKR.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hubungan
parti itu dengan PKR masih kekal seperti mandat dalam Muktamar Pas yang
lalu.
"Saya fikir tiada masalah sebab kita masih pembangkang. Bukan bersama kerajaan. Blok ketiga adalah bersama pembangkang.
"Saya fikir dia (PKR) tidak perlu rasa (kecil hati) sebab kita masih
dalam muafakat, kategori pembangkang," katanya ketika ditemui selepas
pengumuman penubuhan blok politik ketiga antara Pas dengan Ikatan, hari
ini.
Beliau juga menafikan pihaknya ada melanggar apa-apa perjanjian dengan PKR dalam menjalin kerjasama politik dengan Ikatan.
"Saya fikir ini...sebab PKR pun buat kerjasama dengan DAP dan Amanah," katanya.
Menurutnya lagi, blok politik ketiga itu diwujudkan untuk mana-mana
pihak yang mahu bersama dengan Pas yang boleh menerima dasar parti Islam
itu.
"Supaya kita tidak melihat politik ini hanya dua wajah..hitam atau
putih. Mesti ada pilihan ketiga yang perlunya kita perkasakan.
"Kita yakin banyak lagi parti lain yang berpandangan sama seperti kita," katanya.
Ketika ditanya tentang kelebihan Ikatan hingga menjadi pilihan hati
Pas, Tuan Ibrahim berkata, parti pelbagai kaum itu menerima dasar yang
diperjuangkan Pas.
"Parti Ikatan ini melihat kepada generasi akan datang. Apa yang dibawa
oleh Ikatan ini hampir sama juga dengan perjuangan Pas. Jadi, kalau
sudah mula sama, lebih baik duduk bincang bersama.
"Mungkin Ikatan tidak ada kekuatan keahlian..tapi bagi kita, mana-mana
parti yang mempunyai hala tuju yang sama, marilah bersama," katanya.
5 orang berkata:
pada hari ini aku BERSYUKUR aku bukan ahli pas atau menyokong pas. Alhamdulillah
Jgn jual nama Islam lah kalo nak berpolitik kotor mcm Pas. Memalukan agama dan org melayu.
Soalan utk walaun tolol Hadi..
Pas bela parti sosialis Ikatan dpt pahala atau bala?
Pas permainkan hukum hudud Allah masuk syurga atau neraka Pas?
Apa hukumnya walaun2 tolol bersekongkol dgn ulamak2 jahat penjual agama demi kepentingan diri? kui kui kui
Apa bukti korang semua tuduh PAS jual agama??tolong bg satu persatu sebab jap..:
Kalau dah jd walaun tolol tk dapek dah nak tolong. Bukti2 ada di depan mata, informasi terkini di hujung jari.
Jgn baca harakah dan dgr ceramah Pas saje. Itu semua projek membodohkan ahli dan penyokong2 Pas.
Post a Comment