Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SUDAH BERUSHA TAPI TIADA KUASA UNTUK LAKSANAKAN HUDUD

SOAL HUDUD YANG DIPERJUANGKAN PAS TELAH DIUSHAKAN SEBAIK MUNGKIN, NAMUN TIADA KUASA  MEMANDAI UNTUK DILAKSANAKANNYA, SEKURANG-KURANGNYA SUDAH DIUSHAKAN. APA YANG KITA KESALKAN ADALAH PANDANGAN YANG MENCEMUH DARI MANUSIA YANG SUKA MENJADI BATU API ATAU JADI MENJAGA TEPI KAIN ORANG, SEOLAH-OLAH PAS TELAH MENINGGALKAN DASAR PERJUANGANNYA - Pak Karamu

Parti lain, NGO akan sertai blok ketiga
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR - Blok ketiga politik yang ditubuhkan oleh Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) semalam dijangka akan turut bekerjasama dengan NGO dan parti-parti lain.


Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, gabungan dengan Ikatan merupakan suatu tindakan yang betul kerana parti tersebut melibatkan pelbagai kaum.


“Walaupun kita tak bekerjasama dengan PR, tapi kita ada Ikatan dan pakatan ini lebih baik. Walaupun parti baru, Ikatan adalah parti pelbagai kaum.


“Kita jangkakan mesti ada (parti lain). Bila kita ada dalam pakatan yang baik, sama-sama tak ada banyak masalah,” katanya ketika ditemui selepas sidang media pengumuman blok ketiga di sini, hari ini.


Sementara itu, apabila ditanya mengenai hudud, Idris berkata ia mungkin mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan.


“Hudud bagi orang Islam memang  satu kewajipan, tapi cara nak melaksanakannya akan mengambil masa.


“Namun ada perkembangan positif. Kalau dulu langsung tidak masuk Parlimen tapi sekarang ini boleh masuk walaupun belum diterima usul itu,” ujarnya.
 

1 orang berkata:

Anonymous said...

Usaha sebaik mungkin?? Usaha separuh masak ada la... dengan orang kampung boleh ler menipu, dengan tuhan sok try la jawab dah usaha sebaik mungkin.., kahkahakah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.