Isu ancaman pengganas bukan kenyataan politik
BALI - Pendedahan kerajaan mengenai ancaman keselamatan di Malaysia
bukan satu kenyataan berunsur politik, sebaliknya ia harus diambil
serius oleh semua pihak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, beliau telah beberapa kali mendedahkan Malaysia tidak terlepas
daripada ancaman keselamatan oleh pengganas termasuk adanya perancangan
untuk menculik pemimpin negara tetapi ada pihak memandang kenyataan itu
sebagai berunsur politik.
"Saya telah beberapa kali memberi kenyataan mengenai bahaya ancaman
pengganas dan keselamatan negara, ia bukan kenyataan politik tetapi ia
adalah hasil risikan," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas
pulang ke tanah air selepas menghadiri persidangan Bali Process di
sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, insiden letupan bom di
Brussels, Belgium seharusnya menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia
bahawa keganasan masih dilakukan pengganas di serata dunia.
Wisma Putra dalam kenyataan Selasa lepas berkata kerajaan Malaysia
mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom yang berlaku di Lapangan
Terbang Brussels yang telah meragut puluhan nyawa.
Mengenai persidangan Bali Process, Zahid berkata, kemajuan yang dicapai
pada mesyuarat itu ialah buat pertama kalinya negara anggota bersepakat
dan memberi komitmen menerusi Deklarasi Bali.
"Saya amat berpuas hati dengan keputusan yang dicapai pada persidangan
ini. Komitmen semua negara digambarkan melalui Deklarasi Bali yang
pertama kali dikeluarkan walaupun persidangan ini pernah berlangsung
selama enam kali,", katanya.
Salah satu daripada deklarasi itu ialah menggesa negara sumber
mengambil tanggungjawab menerima semula rakyat mereka yang tidak
mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai pelarian.
Beliau berkata, Malaysia sering membantu pelarian atas dasar
kemanusiaan walaupun terdapat mereka yang menjadi pelarian atas sebab
ekonomi tetapi pada masa sama, Malaysia juga tidak mahu dibebani
kebanjiran pendatang tanpa izin.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan sangat komited untuk membanteras jenayah
pemerdagangan manusia dan akan memberi saranan kepada negara terlibat
bagi mengatasi masalah berkenaan.
Bali Process ialah satu persidangan peringkat rantau Asia Pasifik
mengenai isu penyeludupan, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas
sempadan dan ia disertai 48 negara termasuk Malaysia. - Bernama
2 orang berkata:
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Inilah jadinya kalau perangai macam cerita budak gembala kambing jerit serigala....
Post a Comment