Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

pengganas

Isu ancaman pengganas bukan kenyataan politik
Dr Ahmad Zahid
Dr Ahmad Zahid bercakap pada sidang akhbar bersama pengamal media Malaysia, Khamis, sebelum berlepas pulang ke tanah air daripada menghadiri persidangan 'The Bali Process' yang berakhir, semalam. - Foto Bernama

BALI - Pendedahan kerajaan mengenai ancaman keselamatan di Malaysia bukan satu kenyataan berunsur politik, sebaliknya ia harus diambil serius oleh semua pihak, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, beliau telah beberapa kali mendedahkan Malaysia tidak terlepas daripada ancaman keselamatan oleh pengganas termasuk adanya perancangan untuk menculik pemimpin negara tetapi ada pihak memandang kenyataan itu sebagai berunsur politik.

"Saya telah beberapa kali memberi kenyataan mengenai bahaya ancaman pengganas dan keselamatan negara, ia bukan kenyataan politik tetapi ia adalah hasil risikan," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air selepas menghadiri persidangan Bali Process di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, insiden letupan bom di Brussels, Belgium seharusnya menjadi peringatan kepada rakyat Malaysia bahawa keganasan masih dilakukan pengganas di serata dunia.

Wisma Putra dalam kenyataan Selasa lepas berkata kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom yang berlaku di Lapangan Terbang Brussels yang telah meragut puluhan nyawa.

Mengenai persidangan Bali Process, Zahid berkata, kemajuan yang dicapai pada mesyuarat itu ialah buat pertama kalinya negara anggota bersepakat dan memberi komitmen menerusi Deklarasi Bali.

"Saya amat berpuas hati dengan keputusan yang dicapai pada persidangan ini. Komitmen semua negara digambarkan melalui Deklarasi Bali yang pertama kali dikeluarkan walaupun persidangan ini pernah berlangsung selama enam kali,", katanya.

Salah satu daripada deklarasi itu ialah menggesa negara sumber mengambil tanggungjawab menerima semula rakyat mereka yang tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai pelarian.

Beliau berkata, Malaysia sering membantu pelarian atas dasar kemanusiaan walaupun terdapat mereka yang menjadi pelarian atas sebab ekonomi tetapi pada masa sama, Malaysia juga tidak mahu dibebani kebanjiran pendatang tanpa izin.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan sangat komited untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia dan akan memberi saranan kepada negara terlibat bagi mengatasi masalah berkenaan.

Bali Process ialah satu persidangan peringkat rantau Asia Pasifik mengenai isu penyeludupan, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan dan ia disertai 48 negara termasuk Malaysia. - Bernama

2 orang berkata:

77777 said...


saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau



KLIK DISINI 4d 5d 6d





XUMNO said...

Inilah jadinya kalau perangai macam cerita budak gembala kambing jerit serigala....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.