PR pecah: Apa beza PKR dengan DAP?
SHAH ALAM – Pemuda Pas Kelantan mengakui tindakan Pas yang berkeras
untuk melaksanakan hudud sebagai salah satu sebab berlakunya perpecahan
dalam Pakatan Rakyat (PR).
Namun ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa kedegilan DAP adalah punca sebenar perpecahan pakatan pembangkang itu.
“Ada pihak mendakwa, PR pecah kerana Pas berkeras untuk melaksanakan
hudud. Pada satu lapis mungkin ianya betul tetapi ia merupakan cerita
yang tidak sempurna.
“Apa beza PKR dengan DAP? Bezanya ialah DAP menentang dan memprovokasi.
Bukankah DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden Pas terlebih
dahulu? Bukankah DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan Pas Sarawak
terlebih dahulu?,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari
ini.
Menurutnya, tidak bersetuju dengan hudud bukanlah merupakan satu isu besar buat parti Islam itu.
“PKR sehingga sekarang tidak pernah menyatakan setuju secara jelas dan
terang dengan hudud.
Namun Pas boleh terus bekerjasama dengan PKR. Di
Kelantan, teman-teman PKR dilantik sebagai lantikan politik sebagai
sahabat-sahabat Pas di Selangor.
“Tidak bolehkah DAP belajar untuk senyap dan biarkan PAS dengan
cita-citanya. Adakah DAP juga percaya bahawa Umno akan memberikan laluan
untuk hudud di Parlimen sehingga demikian sekali bimbangnya mereka?
Jika benar, nampaknya DAP lebih percaya kepada Umno berbanding Pas
percaya kepada Umno,” katanya.
Justeru itu, katanya, jangan salahkan Pas dan hudud yang diperjuangkan
parti itu dilihat sebagai punca berpecahnya PR tetapi salahkan DAP.
“Percayalah, menjelangnya PRU14 ini, PKR pun akan merasakan kesan sikap
degil DAP ini dan jangan lupa bahawa ia sedang dirasakan dengan ketara
di Pulau Pinang,” katanya.
2 orang berkata:
Tapi pak karam..kenapa majoriti org melayu Terengganu tolak Hadi Awe tuang presideng parti islam jd ketua negeri. Layak cuma sepenggal masa reformasi DSAI..
Tak cukup bijakkah putarbelit Hadi dan Pas memerintah Tganu? saje nak tanya walaun..
Camni bacaang politik mu?...
gi masuk tadika semula!
Post a Comment