Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR HANYA PANDAI CAKAP, TAPI MAKRIFAT POLITIK MUFLIS

PR pecah: Apa beza PKR dengan DAP?
pkr

SHAH ALAM – Pemuda Pas Kelantan mengakui tindakan Pas yang berkeras untuk melaksanakan hudud sebagai salah satu sebab berlakunya perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Namun ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa kedegilan DAP adalah punca sebenar perpecahan pakatan pembangkang itu.

“Ada pihak mendakwa, PR pecah kerana Pas berkeras untuk melaksanakan hudud. Pada satu lapis mungkin ianya betul tetapi ia merupakan cerita yang tidak sempurna.

“Apa beza PKR dengan DAP? Bezanya ialah DAP menentang dan memprovokasi. Bukankah DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden Pas terlebih dahulu? Bukankah DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan Pas Sarawak terlebih dahulu?,” katanya melalui kemas kini status di Facebook, hari ini.

Menurutnya, tidak bersetuju dengan hudud bukanlah merupakan satu isu besar buat parti Islam itu.

“PKR sehingga sekarang tidak pernah menyatakan setuju secara jelas dan terang dengan hudud. 

Namun Pas boleh terus bekerjasama dengan PKR. Di Kelantan, teman-teman PKR dilantik sebagai lantikan politik sebagai sahabat-sahabat Pas di Selangor.

“Tidak bolehkah DAP belajar untuk senyap dan biarkan PAS dengan cita-citanya. Adakah DAP juga percaya bahawa Umno akan memberikan laluan untuk hudud di Parlimen sehingga demikian sekali bimbangnya mereka? Jika benar, nampaknya DAP lebih percaya kepada Umno berbanding Pas percaya kepada Umno,” katanya.

Justeru itu, katanya, jangan salahkan Pas dan hudud yang diperjuangkan parti itu dilihat sebagai punca berpecahnya PR tetapi salahkan DAP.

“Percayalah, menjelangnya PRU14 ini, PKR pun akan merasakan kesan sikap degil DAP ini dan jangan lupa bahawa ia sedang dirasakan dengan ketara di Pulau Pinang,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tapi pak karam..kenapa majoriti org melayu Terengganu tolak Hadi Awe tuang presideng parti islam jd ketua negeri. Layak cuma sepenggal masa reformasi DSAI..

Tak cukup bijakkah putarbelit Hadi dan Pas memerintah Tganu? saje nak tanya walaun..

Anonymous said...

Camni bacaang politik mu?...
gi masuk tadika semula!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.