Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ramalan Pak Karamu hampir 70% tepat walaupun masih kabur


Hanya Tuhan tahu masa depan‎ Pas-Ikatan
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung pembentukan blok politik ketiganya dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Menurut Abdul Hadi, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan terhadap kerjasama politik Pas-Ikatan itu.

"(Muafakat) ini beri kesan atau tidak (kepada Pakatan Harapan), itu masa depan. Yang tahu masa depan, Tuhan sahaja," katanya pada sidang media mengumumkan kerjasama politiknya dengan Ikatan, hari ini.

Hari ini, Kit Siang dilaporkan menolak kerelevanan kerjasama baharu antara Pas-Ikatan itu dan seolah-olah menyifatkan kerjasama itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama itu, Abdul Hadi berkata, kedua-dua parti memilih pendekatan politik matang berdasarkan komposisi dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

"Kami tidak terima perkara negatif yang wujud dalam kerajaan, pada masa sama kita mengambil pendekatan menasihati kerajaan dengan kemuka pandangan bukan sahaja di Parlimen tetapi juga dengan cara berdepan. 

"Kita tidak mahu pendekatan membangkang secara ekstrem yang menyusahkan rakyat kerana kita dapati membangkang secara ekstrem bukan sahaja tidak selesaikan masalah, malah menjadikan masalah itu lebih rumit," katanya.

Tambahnya, agenda utama muafakat itu adalah perubahan kepada pemerintahan negara.

"Sama ada kerajaan berubah...transformasi yang positif ataupun kita yang mengubah kerajaan," katanya.

Katanya, Pas-Ikatan akan menyokong mana-mana usaha atau dasar kerajaan yang positif dan bakal menasihati kerajaan untuk mana-mana yang sebaliknya.

Pihaknya juga mengalu-alukan mana-mana parti politik yang boleh menerima agenda muafakat itu.
ends

3 orang berkata:

Anonymous said...

Kpd tuang mi presiden, kamu datang ke sarawak baru2 ini siapa yang sambut dan ambik peduli terhadap kamu dan mana penyokong2 kamu dan mana rakan2 kamu dalam pakatan harapan, oleh kerana kamu ini pencacai amno sebab itulah kamu didipinggirkan oleh rakan2 kamu, padan la muka kamu

Hamba Allah said...

Sakan anon 4:34 marah presiden PAS...gamaknya mai bulan kot sedara ni..hinalah ulamak selagi mampu dan bertaubatlah selagi ada masa

Anonymous said...

Alahai 4:55 kamu ni nak masuuuk syurga ke? Bawa la pemimpin2 parti angkut sampah bersama kamu ke syurga, lebih baik kamu nasihatkn adi mi presiden tu supaya jangan cakap tak serupa bikin

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.