Hanya Tuhan tahu masa depan Pas-Ikatan
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini
membidas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung pembentukan
blok politik ketiganya dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
Menurut Abdul Hadi, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang akan
berlaku pada masa depan terhadap kerjasama politik Pas-Ikatan itu.
"(Muafakat) ini beri kesan atau tidak (kepada Pakatan Harapan), itu
masa depan. Yang tahu masa depan, Tuhan sahaja," katanya pada sidang
media mengumumkan kerjasama politiknya dengan Ikatan, hari ini.
Hari ini, Kit Siang dilaporkan menolak kerelevanan kerjasama baharu
antara Pas-Ikatan itu dan seolah-olah menyifatkan kerjasama itu tidak
memberi kesan kepada Pakatan Harapan.
Mengulas lanjut mengenai kerjasama itu, Abdul Hadi berkata, kedua-dua
parti memilih pendekatan politik matang berdasarkan komposisi dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
"Kami tidak terima perkara negatif yang wujud dalam kerajaan, pada masa
sama kita mengambil pendekatan menasihati kerajaan dengan kemuka
pandangan bukan sahaja di Parlimen tetapi juga dengan cara berdepan.
"Kita tidak mahu pendekatan membangkang secara ekstrem yang menyusahkan
rakyat kerana kita dapati membangkang secara ekstrem bukan sahaja tidak
selesaikan masalah, malah menjadikan masalah itu lebih rumit," katanya.
Tambahnya, agenda utama muafakat itu adalah perubahan kepada pemerintahan negara.
"Sama ada kerajaan berubah...transformasi yang positif ataupun kita yang mengubah kerajaan," katanya.
Katanya, Pas-Ikatan akan menyokong mana-mana usaha atau dasar kerajaan
yang positif dan bakal menasihati kerajaan untuk mana-mana yang
sebaliknya.
Pihaknya juga mengalu-alukan mana-mana parti politik yang boleh menerima agenda muafakat itu.
ends
3 orang berkata:
Kpd tuang mi presiden, kamu datang ke sarawak baru2 ini siapa yang sambut dan ambik peduli terhadap kamu dan mana penyokong2 kamu dan mana rakan2 kamu dalam pakatan harapan, oleh kerana kamu ini pencacai amno sebab itulah kamu didipinggirkan oleh rakan2 kamu, padan la muka kamu
Sakan anon 4:34 marah presiden PAS...gamaknya mai bulan kot sedara ni..hinalah ulamak selagi mampu dan bertaubatlah selagi ada masa
Alahai 4:55 kamu ni nak masuuuk syurga ke? Bawa la pemimpin2 parti angkut sampah bersama kamu ke syurga, lebih baik kamu nasihatkn adi mi presiden tu supaya jangan cakap tak serupa bikin
Post a Comment