Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAPI JANGAN TIRU MACAM AMANAH YANG DSARNYA KABUR

PANDANGAN NAKASONE INI ADA BENARNYA. ADA BANYAK YANG PERLU DIFIKIRKAN OLEH PUCUK PIMPINAN PAS JIKA PAS MAHU SENTIASA SESUAI PADA PANDANGAN MANUSIA TANPA MENGGADAIKAN DASAR DAN PRINSIF. KITA BERSETUJU KERANA KITA MELIHAT KEGAGALAM PUCUK PIMPINAN PAS SENDIRI MENYESUAIKAN DASAR ISLAM ITU MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN, KITA TIDAK MENAFIKAN SUNAH NABI SEBAGAI ASAS AKHLAK MENGUKUHKAN IMAN DAN PERJUANGAN NAMUN KEGAGALAN MENGKAJI PEREDARAN ZAMAN OLEH PAS SUPAYA DAPAT DITERIMA OLEH SEMUA GOLONGAN MASYARAKAT ADALAH PENTING, -Pak Karamu
 
 
 
 
Perubahan akan bantu Pas kekal relevan
Nakhaie Ahmad
Datuk Nakhaie Ahmad

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad meminta parti itu mengubah pendekatan mereka sekiranya mahu kekal relevan.

Nakhaie berkata, sekiranya ia tidak diubah, pengumuman dan usaha berkaitan pembentukan blok politik ketiga negara ini oleh Pas tidak membawa sebarang makna.

“Kita semua tahu Pas sebuah parti politik yang memperjuangkan kepentingan agama Islam dan kesuciannya. Tetapi pendekatan mereka perlu ditukar agar dapat diterima semua lapisan masyarakat.

“Sebab itu mereka perlu tukar pendekatan dan bukan prinsip serta dasar perjuangan mereka. Guna pendekatan yang boleh tarik orang muda sertai Pas, tarik mereka yang duduk atas pagar dan tarik orang bukan Islam sukakan Pas,” katanya. 

Katanya, dakwaan bahawa Pas sebuah parti tua dan jumud perlu ditangkis bagi memastikan usaha mewujudkan kuasa politik ketiga itu berjaya.

“Benar Pas sebuah parti lama tetapi pendekatan perjuangan itu perlu sentiasa segar. Jangan pula kita rasa bila sudah jadi parti lama, kita rasa apa sahaja tindakan kita orang terima.

“Contoh paling senang jika parti itu adalah tubuh badan, maka pendekatan itu adalah pakaian. Kalau baju buruk dan lusuh kita nak bawa masuk bertanding, susah untuk kita menang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya Pas mengambil pendekatan terbaik untuk memberikan penjelasan berkenaan dengan hudud yang diperjuangkan selama ini.

“Pas perjuangkan keadilan mengikut ajaran agama, sudah pasti di dalamnya itu terkandung hukuman-hukuman.

“Jangan kita hanya laungkan hudud sehingga timbulkan persepsi negatif kepada orang bukan Islam. Alhamdulillah, saya lihat ada perkembangan positif sekarang apabila ditimbulkan perkara mengenai pemerkasaan mahkamah syariah,” katanya.

Tambah Nakhaie, beliau mengingatkan parti tersebut supaya bijak memilih rakan dan tidak terjerumus ke dalam permainan politik.

“Pas ada pengalaman luas dalam arena politik negara ini, di mana mereka pernah kalah, pernah menang, ada kerusi dan tiada kerusi. Itu tidak mengapa asalkan perjuangan masih di landasan betul,” katanya.

3 orang berkata:

Unknown said...

Ni sorang lagi.dok diam sudah la.biar pi la kepimpinan Pas nak tubuh blok politik ketiga pun.hang sakit tang mana.sblm komen suluh diri dulu.itiqamah pd parti pun goyang,nak komen.

obat diabetes herbal ampuh said...

siapa yang mau tiru macam tuh

obat kholesterol tinggi said...

tak patutlah untuk di tiru

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.