Pas tiada masalah Amanah tanding 13 kerusi
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad memaklumkan bahawa parti
itu tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Parti Amanah Negara
(Amanah) menetapkan untuk bertanding sebanyak 13 kerusi pada Pilihan
Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh Amanah tersebut merupakan
salah satu daripada proses demokrasi dan Pas sentiasa bersedia dalam
menghadapi PRN selepas ini.
"Tak apa. Itu demokrasi dan (Pas) tak ada masalah," katanya ringkas ketika ditanya wartawan hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengesahkan
bahawa parti itu akan bertanding sebanyak 13 kerusi pada PRN Sarawak.
Dalam pada itu, Idris memaklumkan bahawa jentera Pas telah lama
bersiap-sedia dan kerja-kerja bagi menghadapi PRN Sarawak juga telah
digerakkan oleh pimpinan parti tersebut.
"Insya-ALLAH, kita akan lawan habis-habisan dan kita juga telah lama memulakan gerak kerja utk PRN Sarawak,"katanya.
"Insya-ALLAH, kita akan lawan habis-habisan dan kita juga telah lama memulakan gerak kerja utk PRN Sarawak,"katanya.
2 orang berkata:
pan mcm ank didik dap je...tukang buat bising kot.
...dah PASIK jadik UMNO lawanla.. PASIK kan ta'awun ngan UMNO. Bila ta'awun ngan UMNO.. ta'awun ngan BN jugak. Dlm BN ada MCA MIC GERAKAN.. semuanya tolak hudud (umno restu puak tu). Jadi elok la tanding pilihanraya.... lagipun PAS tak pernah bantah persempadanan semula kawasan pilihanraya sarawak... mungkin ada kawasan dah di'faraid' kpd PAS oleh CM Sarawak...
Post a Comment