Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALHAMDULILLAH, MASIH ADA YANG PEKA TENTANG AKHLAIK

Wanita, pereka fesyen kena terima teguran
Pereka tudung perlu ikut syariat Islam
keratan akhbar

KOTA BHARU – Pertubuhan Wanita Ikram Malaysia (Ikram) mahu semua pihak termasuk wanita Islam dan pereka fesyen mengambil teguran secara positif.

Timbalan Ketua Ikram, Dr Hafidzah Mustakim berkata, ia berikutan pandangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Mohd Noor yang menegur agar pereka fesyen patuh syariah.

“Secara umum Ikram amat bersetuju dan menyambut baik teguran khususnya kepada wanita Islam, fikirkan sudut positif terhadap teguran ini atau mempolemikkan lagi teguran beliau dengan pelbagai tafsiran.

“Untuk membina masyarakat sejahtera teguran yang positif dan membina adalah merupakan satu budaya yang sihat ke arah membina masyarakat yang saling tolong menolong ke arah kebaikan,” katanya ketika mengulas berhubung teguran mufti kepada pereka tudung agar patuh syariah.


Hafidzah berkata, Islam sebagai agama dan cara hidup yang lengkap mempunyai konsep kesederhanaan jauh dari sebarang ekstremisme.

“Dalam bertudung atau berhijab pun konsepnya adalah mudah namun tidak boleh di pandang mudah, tudung hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak boleh memakai sanggul tinggi dan bukan untuk bermegah dan bermegah-megah.

“Tujuan pemakaian tudung paling utama agar wanita Islam lebih dikenali sebagai wanita yang suci dan bermaruah.

Tambahnya, pemakaian hijab mengikut syariah berkadar terus kefahaman seseorang terhadap hikmah perintah berhijab itu sendiri oleh ALLAH SWT.

Katanya, Ikram yakin jika wanita Islam itu faham tentang hikmah bertudung semakin dia akan patuh syariah

Malah, menurutnya, tujuan alim ulama dan bijak pandai untuk menasihati adalah hikmah untuk memastikan negara terus aman dan dirahmati.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.