'Saya reda darjah kebesaran dilucut'
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman
reda dengan apa yang berlaku terhadap dirinya dan bertekad untuk terus
membuktikan taat setianya kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal
Abidin.
Beliau juga menjadikan kepentingan rakyat Terengganu sebagai keutamaannya selagi menjawat jawatan menteri besar.
"Saya sebagai rakyat Negeri Terengganu dan menteri besar reda dengan
apa yang sedang berlaku dan saya bertekad untuk terus membuktikan taat
setia saya kepada Tuanku Sultan dan kepentingan rakyat Terengganu akan
terus menjadi keutamaan selagi saya masih memegang jawatan," katanya
menerusi satu kenyataan media.
Beliau berkata demikian selepas pihak Istana Terengganu melucutkan
semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya berkuat kuasa Jumaat
lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan lucut semua darjah kebesaran MB Terengganu]
Ahmad Razif juga pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami
bahawa ia adalah hak mutlak Sultan Terengganu di dalam mengurniakan
anugerah atau penarikan balik anugerah tersebut.
"Apa yang penting kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku
sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara,"
katanya.
Pada April 2015 lalu, Ahmad Razif mengetuai senarai pengurniaan bintang
dan darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun ke-53 Hari
Keputeraan Sultan Terengganu.
[ARTIKEL BERKAITAN: MB Terengganu ketuai senarai penerima]
Dalam istiadat berlangsung di Singgahsana Istana Syarqiyyah itu, Ahmad
Razif terima bintang Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu
(SSMZ) yang bergelar Datuk Seri.
4 orang berkata:
Pas kena gabung dgn umno supaya tak ada prk. Gigil hadimaru nak jadi mb
PAN yg gigil kut.. hasad dengki..
Dimana ada PAS disitu ada pan..kununnya ditubuhkan nk perjuangkn ISLAM tapi sayang jd barua dan anjing dap pulak..pan memang pankhianat
Eh .. camana tuan tahu.. kuikuikui..
Post a Comment