Kerusi bertindih: DAP nafi Azmin hubungi Guan Eng
SHAH ALAM – Pertembungan DAP, PKR di enam kerusi pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sarawak memang amat dikesali, namun perkara itu sudah pun
terjadi dan calon tidak boleh menarik diri.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, apa yang boleh dilakukan
sekarang adalah semua pihak perlu bergerak ke hadapan dan fokus terhadap
kempen menentang BN dan tidak terpengaruh dengan pertikaian dalaman
itu.
"Kami mempunyai 74 kerusi lain untuk berjuang melawan BN. Kami
mempunyai 10 hari lagi untuk berkempen dan memberikan fokus sebaiknya
menentang BN,” katanya.
Enam kerusi Dun yang menjadi pertikaian tersebut ialah Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang dan Batu Kitang.
Dalam pada itu, Tony turut membidas dakwaan Pengerusi PKR Pulau
Pinang, Datuk Mansor Othman yang disifatkan tidak benar bahawa Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali kerap berhubung dengan Setiausaha Agung
DAP, Lim Guan Eng mengenai enam kerusi itu.
“Itu tidak benar. Walaupun Guan Eng telah dimaklumkan melalui sumber
pihak ketiga berulang kali dalam tempoh dua minggu itu, Azmin bercadang
memanggil beliau untuk merundingkan semula perjanjian pembahagian kerusi
itu, Guan Eng tidak pernah menerima apa-apa panggilan dari Azmin dalam
tempoh itu, katanya.
“Guan Eng hanya menerima panggilan daripada Azmin pada malam Ahad sebelum penamaan calon pada keesokan harinya,” katanya.
Jelas Tony lagi, penyelesaian secara baik telah pun dicapai di mana
kedua pihak berkompromi dan keputusan telah diluluskan oleh Majlis
Presiden Pakatan Harapan pada 11 April.
“Mana-mana percubaan untuk merundingkan semula apa yang PKR kompromi
tanpa mengambil kira apa yang DAP telah kompromi sebelum ini tidak boleh
diterima.
“Apa guna kedua-dua pihak membelanjakan RM108,000 pada kaji selidik
Merdeka Center jika mereka tidak mematuhi keputusan,” ujar beliau.
Menurut Tony, Azmin hanya diminta untuk mengambil tambahan tiga kerusi daripada DAP, iaitu Mulu, Murum dan Mambong.
“Inilah sebabnya mengapa mereka terkejut apabila PKR meletakkan calon di lima kerusi termasuk Simanggang dan Ngemah,” katanya.
Menurut Tony, dengan meletakkan calon PKR di kerusi tersebut, Azmin tahu peluang Pakatan Harapan untuk menang hampir sifar.
Beliau juga menafikan kenyataan Mansor bahawa PKR dan DAP gagal
mencapai kata sepakat mengenai kerusi, tetapi bersetuju untuk
menyelesaikan isu ini pada pusingan seterusnya dan berusaha ke arah
satu lawan satu dengan BN.
“Mansor mesti telah dikelirukan, malah saya sendiri hadir di mesyuarat itu,” katanya.
PRN Sarawak kali ini menyaksikan 82 Dun dipertandingkan, dan dari
jumlah itu, dua Dun telah dimenangi BN tanpa bertanding iaitu di Dun
Bukit Sari dan Dun Bukit Kota.
2 orang berkata:
Azmin menipu .Pakatan memang degil TETAPI yang paling jahat ialah peminpin Pas yang telah memecahkan Pakatan Rakyat dan memecahkan Pas .mengharibirukan PKR,sekarang menyokong peminpin zalim .lupa pada ayat2 quran yang melarang supaya jangan menyokong peminpin zalim .Pakakrmu .kau pun sma aje sikapnya
apa komen mengarut le.. pas tetap lwan bn.. pas letak calon dulu.. yg lain baru nk letak calon.. klau btul knp lwan sama2 sendiri.. udah2 le komen mcm tk reti
Post a Comment