Izzah: 'Ya memang panas, tapi dalam hati lagi panas'
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
menghargai kehadiran peserta Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) di Dataran Merdeka hari ini kerana sanggup berpanas terik di
dataran tersebut.
Ujarnya, kesanggupan mereka itu membuktikan bahawa mereka membantah pelaksanaan cukai tersebut.
"Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan kesedian kita melawan rejim yang zalim.
"Kalau ada orang kata panas (cuaca) , ya memang panas, tetapi dalam
hati ini lagi panas. Bukan sahaja (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)
dipenjara...bisasiswa JPA keluar negara dipotong, kita pula dicukai
habis-habisan oleh BN," katanya dalam ucapan di hadapan lebih 3,000
penyokong.
Berbicara lanjut, Nurul Izzah berkata, apa yang dikehendaki oleh rakyat ialah mengembalikan semula dana kepada mereka.
"Ada yang tanya, kalau panas begini kita tak mampu bertahan...bagaimana
nak lawan BN? Percayalah hari ini...kita mahu dana rakyat dikembalikan,
kita mahu GST dimusnahkan, kita mahu pemimpin rasuah dikenakan
tindakan,"katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment