MP Sepang pengsan ketika persidangan
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin terpaksa
dibawa keluar dari Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini setelah
beliau dipercayai pengsan secara tiba-tiba.
Difahamkan, Hanipa di bawa keluar bagi mendapatkan rawatan awal di
klinik Parlimen sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi
mendapatkan rawatan selanjutnya.
Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik
gambar kejadian tersebut menerusi laman sosial Twitter beliau.
0 orang berkata:
Post a Comment