MB Kelantan dibenarkan pulang
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dibenarkan
pulang setelah menjalani pembedahan kecil di Hospital Universiti Sains
Malaysia Kubang Kerian (HUSM) minggu lalu.
Ahmad berkata, sepanjang tempoh beliau bercuti, Timbalannya Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah akan menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar
Kelantan dibantu barisan exco.
"Saya telah pun diberi kebenaran oleh doktor pakar yang merawat saya untuk pulang berehat di rumah bermula pada petang ini.
"Saya turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus berdoa untuk
kesejahteraan dan kesihatan saya secara berpanjangan,"katanya dalam satu
kenyataan.
Dalam masa yang sama, Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am Pas berkata
seiring dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI),
kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kelantan sangat diutamakan.
Bagi tujuan itu beliau berharap seluruh pegawai dan kakitangan awam
hendaklah pro aktif dalam memenuhi khidmat kepada rakyat secara jujur,
amanah dan penuh integriti.
Sementara itu katanya, dalam keadaan cuaca yang panas ketika ini,beliau
memohon rakyat bersama-samalah bermunajat dan berdoa pada pagi Jumaat
esok bagi memohon rahmat dan kasih sayang Allah dalam solat istisqa'
yang diadakan di Padang Hoki bermula jam 4.30 pagi.
"Semoga dengan pengabdian yang jitu kepada ALLAH, hujan barakah akan turun dengan mencurah-curah di negeri ini"katanya.
2 orang berkata:
Insyaallah semoga mb cpt sembuh
kyrie 3
adidas nmd
yeezy boost 350
adidas tubular
nike air zoom
nike lebron 14
lebron 13
cartier bracelet
prada eyeglasses
Post a Comment