Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INI SEMUA SEBAB MULUT, KAN DULU MEREKA KATA PAS TAK DE PENGARUH ?

PAS TAK DE PENGARUH, KONONNYA PENGARUH PAS DAN AMANAH TANAM, HU HU HU, INI SEMUA PASAL MULUT LA, DIA ORANG INGAT DIA ORANG PUNYA MULUT ADA WANGI, TAPI SEBENARNYA BERBAU BANGKAI ! - Pak Karamu
Pembangkang kena ingat PRN 2011
Dr Suffian Mansor
Dr Suffian Mansor - Foto ihsan UKM

SHAH ALAM – Penganalisis politik akui laluan sukar menanti PKR sebagai orang tengah untuk menyelesaikan isu perebutan kerusi di Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak dalam kalangan rakan komponennya, Pas, Amanah dan DAP.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Suffian Mansor berkata, dalam isu-isu lain pun PKR dilihat sukar untuk meredakan ketegangan antara rakan-rakan komponennya.

“Sekarang ini kita lihat DAP tidak boleh duduk semeja ataupun berunding dengan Pas jadi, usaha untuk merapatkan hubungan itu agak sukar...sukar juga untuk PKR itu sendiri. Laluan yang amat sukar. Tidak mungkin dapat diselesaikan dengan baik,” katanya kepada Sinar Online.

Minggu lalu, Parti Amanah Negara mengumumkan untuk bertanding 13 kerusi dalam PRN Sarawak manakala Pas telah mengumumkan bulan lalu untuk bertanding 11 kerusi sementara DAP Sarawak mengumumkan parti itu akan bertanding untuk 30 kerusi.

Menurutnya, masing-masing parti menunjukkan minat terhadap kawasan yang sama sekali gus menyukarkan lagi tugas PKR.

“Ia akan berlaku pertembungan antara mereka khususnya di kawasan utara jika kita lihat Pas pun begitu berminat dengan kawasan-kawasan semi urban. Jadi, agak sukarlah untuk PKR menyelesaikan isu ini.

“DAP sendiri mempunyai cita-cita yang tinggi. DAP cuba memperlihatkan diri sebagai sebuah parti pelbagai kaum dan cuba meletakkan calon-calon bukan Cina,” katanya.

Sementara Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir mengingatkan parti-parti pembangkang untuk mengulangi sikap berkompromi yang dilakukan ketika menghadapi PRN Sarawak ke-10 pada tahun 2011 yang lalu.

“Ingat kembali bagaimana dulu (PRN ke-10) boleh duduk semeja, berunding, berkompromi dan bertolak ansur kerana dengan cara ini memungkinkan situasi menang menang untuk parti itu sendiri.

“Ini akan menguntungkan pakatan pembangkang dalam usaha menentang BN yang mempunyai banyak kelebihan dari segi kewangan, jentera akar umbi yang kukuh, media malah dari segi calon,” katanya.

Menurutnya parti pembangkang tidak mempunyai pilihan lain  selain berkompromi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dengan lebih baik ataupun jika mahu mengekalkan status quo seperti PRN lalu.

“Mereka tidak ada pilihan. Mereka perlu berunding duduk semeja. Tak boleh sama sekali berlaku pertandingan pelbagai penjuru.

“Tapi berdasarkan kenyataan pelbagai parti politik sekarang, jumlah kerusi yang bakal ditandingi itu lebih daripada yang ada. Dengan PKR sekurang-kurangnya akan bertanding 35 kerusi, DAP juga sekitar itu, Pas 11 kerusi dan Amanah 13 kerusi,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.