Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN TEGAKKAN BENANG BASAH


Syed Saddiq cabar Bung Mokhtar debat
Bung Moktar Radin
Bung Moktar Radin

SHAH ALAM - Bekas Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mecabar Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Raden berdebat atau berdialog berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International dan RM2.6 bilion membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Syed Saddiq, sesi debat berkenaan boleh dilakukan secara terbuka atau tertutup bergantung kepada pilihan Ahli Parlimen Kinabatangan tersebut.

“Sekurang-kurangnya, beliau akan dapat mengetahui apa yang kebanyakan rakyat rasa pada masa kini.

“Saya berharap beliau telah pulih sepenuhnya daripada pembedahan. Ini bukan niat saya untuk menyindir. Saya benar-benar maksudkannya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook.

Sebelum ini, Bung mengeluarkan kenyataan dengan mengalu-alukan Syed Saddiq untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) termasuk di Parlimennya untuk membuktikan pengaruh dan kehebatannya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memaklumkan bahawa setiap rakyat negara ini mempunyai hak untuk mempersoalkan kerajaan dan perkara itu turut termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, rakyat di dalam negara ini mempunyai tanggungjawab patriotik untuk menyuarakan sebarang elemen rasuah yang sedang berlaku.

“Saya juga percaya saya hanyalah seorang manusia biasa. Jika saya salah, tegur lah saya. Jika saya melakukan kesalahan jenayah, laporkanlah kepada pihak berkuasa. Tetapi janganlah anda menafikan hak saya untuk bersuara, saya sekadar seorang insan biasa mencari kebenaran,” katanya.

Tambahnya, hak demokrasi tidak terhenti apabila rakyat sudah memilih wakil mereka, namun ia berterusan bagi memastikan wakil tersebut terus berkhidmat dan tidak tersasar jauh daripada janjinya.

“Saya juga terkilan dengan cabaran beliau (Bung) di mana beliau mencabar saya untuk bertanding di pilihan raya menentangnya.

“Ingatlah bahawa rakyat yang mengundi anda sebagai wakil dan bila-bila masa sahaja anda boleh hilang kuasa tersebut. Jadi nasihat saya, janganlah bongkak dan sombong,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.