Laporan PAC timbulkan lebih banyak persoalan
SHAH ALAM - Pendedahan yang dilakukan oleh Presiden/Pengarah Eksekutif
1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang tidak menolak kemungkinan ada penipuan
besar-besaran berlaku dalam syarikat pelaburan strategik milik kerajaan
itu bakal merumitkan lagi isu berkenaan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis
Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpendapat,
perhatian pasti terhala ke arah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
yang sebelum ini membentangkan laporan sebaliknya.
“Ia pasti akan bertambah rumit. Isu hutang yang perlu dibayar mendapat
perhatian semua. Jadi apa yang disebutkan oleh ramai ahli politik,
termasuk ahli PAC, bahawa isu 1MDB telah selesai nampaknya tidak tepat.
“Laporan PAC mengenai pengurusan 1MDB yang dibentangkan sebelum ini
pasti dianggap tidak menyeluruh, malah, timbul lebih banyak persoalan
lain,” katanya.
Menurutnya, isu berkenaan masih penting kerana rakyat mahu tahu
kebenaran, termasuk persoalan seperti kenapa laporan 1MDB yang
disediakan oleh Ketua Audit Negara diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia
Rasmi (OSA).
“Banyak persoalan akan terus timbul, malah mereka yang memberi
perhatian terhadap isu ini akan menanti sehingga persoalan mengenai
siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam isu hutang 1MDB, terjawab.
“Saya juga percaya lebih banyak konflik akan timbul selepas ini apabila
satu persatu isu lain timbul oleh mereka yang terlibat dengan 1MDB dan
perhatian pasti diberikan kerana akhirnya 1MDB adalah tanggungan
kerajaan juga,” katanya.
4 orang berkata:
ya iyalah takan ketipu klo tak bodoh
jamgan bodoh dan jangan kepintaran
bodoh adalah manusia terhina
Bukan bodoh tetapi cerdik menyembunyikan bangkai gajah. Takkan tak faham kot!!!.
Post a Comment