Ketua Polis Negara jawab isu anak jual senjata api
KUALA LUMPUR - Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menjelaskan bahawa
lesen perniagaan syarikat senjata api milik anak perempuannya telah
diperolehi sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara.
Beliau berkata, syarikat anaknya itu mendapat lesen perniagaan untuk membaiki dan selenggara senjata api.
Katanya, syarikat anaknya tidak mendapat sebarang tender pembekalan
senjata api daripada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia kerana beliau
telah melarang syarikat membida tender berkenaan.
"Saya rasa elok saya tidak bagi ulasan banyak kerana siasatan terhadap
syarikat itu akan dijalankan ... kalau saya ulas banyak mungkin ia akan
mengganggu siasatan," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Jual senjata: NGO gesa anak perempuan KPN disiasat]
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Bicara
Persada bersama Ketua Polis Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia di
sini, hari ini.
Sebelum ini, satu portal berita melaporkan kononnya anak kedua Khalid mempunyai sebuah syarikat senjata api di Kuala Lumpur.
Menurut portal itu, orang awam boleh membeli senjata dan mendapat permit dengan mudah melalui syarikat berkenaan. - Bernama
1 orang berkata:
Hai, syarikata anaknya tidak buat servis senjata api daripada tender kerajaan, maknanya syarikat itu tak servis senjata api polis dan tentera. Jadi servis senjata api siapa???? Kalau harapkan servis senjata api persendirian rasanya dua bulan tutup kedai. Tak taulah kalau jual dan servis senjata api Amerika, Russia, Prancis, atau Syria.
Post a Comment