Hadi yakin Pas cipta kejutan di PRN 2016
MIRI - Pas, yang disifatkan banyak pihak tidak relevan dalam senario
politik Sarawak, optimis parti itu mampu membuat kejutan pada Pilihan
Raya Negeri ke-11 (PRN-11) kali ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin dengan
prestasi parti itu, biarpun bukan hanya terpaksa berdepan Barisan
Nasional (BN), malah perlu bersaing dengan kumpulan parti serpihannya,
Parti Amanah Negara (Amanah) dan bekas sekutunya, PKR dan DAP.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan manifesto
Pas bagi kerusi Lambir dan Jepak di sebuah restoran di sini, malam tadi.
Selain berdepan BN, Pas yang akan bertanding 11 kerusi pada pilihan
raya kali ini, akan menentang Amanah di Samariang, Muara Tuang, Sadong
Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, manakala dengan PKR di Kakus, Jepak dan
Lambir, serta DAP di Samalaju dan Pujut.
[ARTIKAL BERKAITAN: DAP kecewa dengan tindakan PKR, kata Guan Eng]
Dalam pada itu, Pas akan bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Pantai Damai.
Amanah pula akan bertanding di 13 kerusi pada pilihan raya kali ini,
terutamanya di kawasan yang majoriti pengundinya kaum Melayu-Melanau.
Dalam PRN-10 pada 2011, Pas bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu,
Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro, namun gagal memenangi
sebarang kerusi.
Ketika ditanya mengenai Amanah yang akan bertanding buat pertama kali
pada PRN, Abdul Hadi menyifatkan parti itu sebagai 'parti nyamuk', dan
tidak akan memberi cabaran sengit kepada parti yang sudah kukuh.
Mengulas kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang mengenai perbalahan
dalam kalangan parti-parti pembangkang akan memberi kelebihan kepada BN,
Abdul Hadi tidak bersetuju dengan pandangan itu.
Dalam pada itu, Pas akan berdepan pertandingan tiga penjuru di
kebanyakan kerusi ditandinginya, kecuali di Sadong Jaya dan Pujut, yang
melibatkan saingan empat penjuru.
Selain itu, parti berkenaan juga akan bertanding di dua kawasan
majoriti penduduk kaum Iban di Kakus dan Samalaju, serta satu kawasan
majoriti masyarakat Cina di Pujut.
Parti berkenaan juga meletakkan calon bukan Islam, iaitu Ketua Dewan
Himpunan Penyokong Pas Sarawak, Clement Bayang, 59, yang merupakan bekas
penyanyi dan artis rakaman Iban, untuk bertanding kerusi Kakus. -
Bernama
2 orang berkata:
coach outlet
nike factory store
salomon boots
air jordan 8
washington redskins jerseys
louboutin shoes
philadelphia eagles jerseys
air huarache
coach factory outlet
coach factory outlet
www0518
barcelona jersey
pandora charms
canada goose outlet
ray ban sunglasses
hermes belt
uggs outlet
coach outlet
air huarache
burberry outlet
air force 1
Post a Comment