Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERANG SARAF AMANAH MACAM PENYAMUN YANG TIADA BERKETURUNAN

Fattah: Adun Pas terikat dengan Baiah
Pas

KOTA BHARU - Dakwaan mengatakan terdapat 10 wakil rakyat Pas yang akan keluar parti sekiranya Adun Salor Datuk Husam Musa dipecat dari Pas adalah tidak lebih daripada ugutan sia-sia.

Bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan, Abdul Fattah Haron berkata, semua wakil rakyat Kelantan yang ada merupakan mereka yang matang dan jitu dalam politik selain mempunyai pegangan yang kuat.

Katanya, propaganda dan perang saraf yang dilakukan oleh pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Wan Rahim Abdullah akhir-akhir ini sudah tidak lagi menyengat  kerana ia diselaputi dengan rasa kecewa, cemburu dan dengki dengan kedudukan Pas Kelantan.

“Makin banyak pemimpin Amanah menyerang parti dan kerajaan Kelantan, makin ramai yang bersimpati dengan parti dan kerajaan Kelantan, pemimpin Amanah yang menyerang perkara-perkara yang tidak munasabah dan tidak masuk akal oleh rakyat Kelantan sehingga menjadikan setiap patah yang dikeluarkan pemimpin Amanah ditolak oleh rakyat,”katanya kepada Sinar Harian semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Wan Rahim yang mendakwa sekiranya Husam dipecat, 10 Adun akan bertindak keluar parti dan menyertai Amanah.

Fattah yang juga Yang Dipertua Pas Rantau Panjang berkata, Wan Rahim sudah pasti sedar bahawa  setiap wakil rakyat Pas mempunyai semangat wala yang tinggi selain terikat dengan  Baiah yang dilafazkan.

"‎Sebab itu Husam tidak mahu keluar parti dengan secara sukarela walaupun tingkah lakunya seolah-olah sengaja memberi ruang kepada Pas untuk bertindak membuangnya.

“Sikap matang AJK Disiplin bertindak dengan melambatkan-lambat pengumuman tindakan terhadap Husam itu adalah satu tindakan yang matang dan bijak sehingga menyebabkan Husam dan Wan Rahim sendiri serba salah dan tertekan,” kata bekas Adun Bukit Tuku itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.