Isu kerusi: DAP ugut tanding di Batu Kitang
KUCHING - Pada malam sebelum hari penamaan calon esok, DAP dan PKR
masih bertelagah mengenai agihan kerusi bagi setiap parti itu untuk
bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), 7 Mei ini.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, parti berkenaan akan
bertanding satu kerusi tambahan sekiranya PKR menampilkan calon di luar
senarai yang dipersetujui kedua-dua parti itu, sebelum ini.
"Sekiranya ada sebarang pertindihan kerusi, kita akan bertanding di Batu Kitang," katanya.
Kerusi itu adalah satu daripada 11 kerusi baharu yang diperuntukkan
kepada PKR, yang mana Voon Shiak Ni telah diumumkan sebagai calon.
[ARTIKEL BERKAITAN: Perbalahan kerusi antara PKR-DAP berlarutan]
"DAP telah mengorbankan Batu Kitang untuk PKR, kerusi yang selamat bagi
DAP. Ia adalah usaha untuk berdamai dengan PKR walaupun kajian
mendapati pengundi lebih memilih calon DAP. Kini, PKR menuntut lebih
banyak kerusi dan ini secara jelas menunjukkan mereka telah melanggar
perjanjian antara kedua-dua pihak.
"Pemimpin pusat kedua-dua parti telah bersetuju tidak akan wujud
pertindihan kerusi. Jadi, hormati perjanjian itu atau kita menurunkan
seorang calon di Batu Kitang," kata Chong pada sidang media di sini hari
ini
Beliau turut menunjukkan kepada media perjanjian bertulis antara
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng yang ditandatangani pada 7 April lepas, yang memperuntukkan
Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga kepada PKR.
Sementara kerusi Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum akan ditandingi oleh DAP.
PKR dikatakan mahu bertanding di lima kerusi yang diperuntukkan kepada
DAP. Sebelum ini, DAP mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 30
kerusi manakala PKR 40 kerusi, tetapi setakat ini parti itu hanya
menamakan 35 calon. - Bernama
2 orang berkata:
Di bawah adalah satu teka teki ringkas..
Bersama PAS jadi pengkhianat..
Bersama PKR jadi pengacau..
Bersama DAP jadi khodam..
Bersama UMNO jadi khodam bergu bersama DAP..
Dari jenis apakah 'binatang sesumpah laknat' ini?
PANkhianat
Post a Comment