PKR bincang isu tindih kerusi lepas PRN Sarawak
PETALING JAYA - PKR memberitahu parti itu akan mengadakan perbincangan
dengan rakan komponennya, DAP selepas Pilihanraya Negeri (PRN) di
Sarawak selesai, 7 Mei ini.
Pengarah pilihanraya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, buat masa ini pihaknya lebih menumpu kepada kempen PRN di negeri tersebut.
"Saya dah rasa cukup dah banyak komen berkait isu pencalonan. Apa yang penting tertumpu kepada kempen yang sedang berlangsung.
"Maka kita akan adakan mesyuarat dan rungkai isu-isu ini selepas 7 Mei.
Jadi kalau itulah soalan yang akan ditanya, saya akan menjawab cara
yang sama juga kecuali ada soalan-soalan lain," katanya pada sidang
media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Selepas penamaan calon, berlaku pertembungan enam kerusi Dun antara PKR
dengan DAP dilaporkan iaitu Mulu, Mambong, Ngemah, Murum, Simanggang
dan Batu Kitang.
Perkara itu nyata membuatkan DAP kesal dan menafikan Timbalan Presiden
PKR, Mohamed Azmin Ali kerap berhubung dengan Setiausaha Agungnya, Lim
Guan Eng mengenai enam kerusi itu.
Ketika ditanya tentang kenyataan DAP berkait pertindihan itu, Nurul
Izzah berkata, kenyataan tersebut jelas menjurus kepada bergerak ke
hadapan.
"Jadi, hari ini saya tertumpu kepada calon-calon dan gerak kerja di lapangan.
"Buat masa ini kempen sedang berlangsung jadi, suka atau tidak ada
banyak isu lain yang kita perlu selesaikan selepas 7 Mei," katanya.
PRN Sarawak kali ini menyaksikan 82 Dun dipertandingkan, dan dari
jumlah itu, dua Dun telah dimenangi BN tanpa bertanding iaitu di Dun
Bukit Sari dan Dun Bukit Kota.
Sementara ketika ditanya tentang pertindihan kerusi dengan Pas di tiga
Dun (Kakus, Jepak dan Lambir) dalam pilihanraya itu, Nurul Izzah terus
mengunci mulut dan meninggalkan sidang media.
1 orang berkata:
gucci shoes
armani exchange
nike roshe
ugg outlet
hugo boss sale
polo ralph lauren
nike huarache
ed hardy uk
coach outlet online
michael kors outlet
Post a Comment